Akan ada perhimpunan Bersih 4.0 jika isu-isu berkaitan dengan tuntutan pilihan raya bersih dan adil tidak diselesaikan dengan segera.Bila timbul masalah Bersih (perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu), Syeikhul Azhar, Mufti Mesir masa itu mengatakan perhimpunan yang berlaku di Mesir haram.
Tetapi rakyat Mesir membandingkan dengan fatwa Dr Yusuf Al-Qardawi melalui buku ditulis beliau dan hasilnya tujuh juta rakyat Mesir turun ke jalan kerana fatwa Qardawi betul...
Rakyat negara ini perlu menukar parti yang memerintah Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan parti yang mendukung Islam.
Tidak kisahlah kaum mana pun yang akan berada di Putrajaya itu, Melayu ke, Cina Muslim ke, India Muslim ke asal dia berasas Islam seperti yang di bawa Nabi Muhammad, Insya-Allah kita boleh selamat,..
Sebelum ini, pemimpin-pemimpin PKR memberitahu tetap dengan pendirian untuk terus menyokong jika akan ada perhimpunan Bersih 4.0.Ini kerana rakyat sendiri inginkan pilihan raya dibuat secara bersih, adil dan saksama..
Perhimpunan yang lebih besar akan diadakan jika kerajaan masih enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya yang bebas dan adil...
No comments:
Post a Comment