Bukan hanya PAS yang hancur kerana menyertai Barisan Nasional, tapi Parti Progresif Rakyat (People's Progressive Party atau PPP) juga menghadapi nasib yang sama dengan PAS.
Ini berdasarkan temuramah bekas Presiden PPP bersama FREEMALAYSIATODAY. Mengikut SI RAJAH, mantan Presiden PPP, populariti serta pengaruh PPP menjunam jatuh selepas mereka menyertai BArisan Nasional.
Sebelum ni, hanya PAS sahaja yang tersiksa dan terbahana akibat meneyertai Barisan Nasional. Rupanya2 PPP pun menghadapi nasib yang sama dengan PAS.
Bagi PAS, kemasukan PAS ke Barisan Nasional menyebabkan PAS BERHENTI menggunakan isu "Negara Islam". Akibat dari penyertaan PAS ke dalam BArisan Nasional, pemimpin2 PAS telah berhenti menggunakan isu NEgara Islam sama sekali.
Dengan kata lain, kali terakhir PAS menggunakan isu Negara Islam adalah pada pilihanraya 1969.Kemasukan PAS ke dalam Barisan Nasional menyebabkan PAS hilang kredibiliti untuk menaikkan isu Negara Islam.
Sama seperti PPP yang sudah tidak boleh membawa agenda sosialisma dan imej pembela orang miskin mereka akibat masuk ke Barisan Nasional.
Hasan Ali tidak tau sejarah ini. Dia ke sana ke mari menjaja kononnya PAS telah membuang agenda Negara Islam. Hakikatnya, PAS berhenti menggunakan isu Negara ISlam LAMA sebelum PAS bersama dengan Pakatan Rakyat.
Cumanya segala sokongan kepada PPP di Perak itu telah berpindah kepada DAP. Sokongan kepada PAS sebelum masuk BN telah berpindah balik kepada UMNO selepas PAS ditendang dari BN.
Juga, ada cyberuk2 UMNO kerap meninggalkan komen kononnya dulu mereka sokong PAS kerana memperjuangkan Negara Islam. Hakikatnya, mereka ini cyberuk2 UMNO yang dibayar oleh UMNO untuk berbohong. Mereka2 ini juga penganggur kerana tiada siapa mahu mengambil mereka bekerja dan terpaksa cari kerja dengan menipu.
No comments:
Post a Comment