03 July 2012

dasar penyamun tamak haloba....UMNO berpecah nak salah kan orang lain pulak....

Pemuda Umno Johor peringkat bahagian-bahagian dinasihatkan jangan menyalahkan Pemuda PAS negeri bagi menutup bangkai yang busuk.

Justeru,  Ketua Pemuda Umno Johor Baharu Khalid Mohamad, Ketua Pemuda Umno Tebrau Syahrin Jamaluddin dan Ketua Pemuda Pagoh Ismail Mohamed yang menafikan pergolakan dalaman Pemuda Umno negeri dan menuduh Pemuda PAS hanya mahu mencari populariti dinasihatkan meneliti kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Ahmad Maslan telah membuat kenyatan yang telah disiarkan oleh Sinar Harian pada 1 Julai lalu yang tidak menafikan berlakunya pergolakan dalaman Pemuda Umno Johor.

Malah beliau menasihatkan agar Pemuda Umno Johor menyelesaikan masalahnya melalui dialog dan mesyuarat..

Jika tidak ada kemelut dalam Pemuda Umno Johor masakan Ahmad Maslan menasihatkan yang sedemikian rupa. Khairy Jamaluddin juga tidak menafikan wujudnya kemelut dalaman Pemuda Umno Johor.

Malah beliau menyatakan Pemuda Umno Johor termasuk dalam negeri-negeri yang dipantaunya sendiri. Suatu keputusan akan dibuat sama ada merombak atau tidak kepimpinan Umno Negeri Johor...

Jika Pemuda Umno Johor tidak bergolak masakan Khairy Jamaluddin terpaksa memantaunya.Ini, membuktikan wujudnya 16 Ketua Pemuda Umno bahagian di Johor yang tidak berpuas hati dengan Ketua Pemuda Umno negeri Mohd Fadil Muskon.

Khairy Jamaluddin juga telah menuduh Pemuda PAS Johor cuba mengalihkan isu bagi menutup masalah sendiri.Barang kali Khairy Jamaluddin tidak diberi maklumat tepat oleh kepimpinan Pemuda Umno Johor bahawa kehadiran lebih 10 ribu peserta Himpunan Hijau PAS Johor yang telah diadakan di Taman Dahlia, Kempas telah membuktikan bahawa rakyat bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat di Negeri Johor.

Alhamdulillah Himpunan Hijau PAS ini telah mengatasi himpunan yang telah dianjurkan oleh parti politik pemerintah dan NGO yang pro pemerintah di Negeri Johor sebelum ini..

Ini, membuktikan bahawa penerimaan rakyat kepada PAS dan Pakatan Rakyat semakin baik.

Justeru,kita  juga menasihatkan Mohd Fadil Muskon bahawa ‘budak baik’ seperti beliau tidak sesuai berada dalam Umno dan lebih sesuai berada dalam PAS.

Kalau kita baik tetapi berkawan dengan orang jahat kita akan menjadi jahat. Sungguh pun kita jahat tetapi berkawan dengan orang baik.

No comments:

Post a Comment