Kita mempersoalkan kenapa program transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pencegahan jenayah hanya melebihkan kepada pengurusan awam daripada menangani permasalahan jenayah.
Belanjawan 2012 yang lepas, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM240 juta untuk pengurusan NKRA yang merangkumi lima aktiviti dasar.
Kita beranggapan bahawa konsep 'keputusan besar pantas' itu hanyalah semata-mata untuk memberi persepsi kepada rakyat bahawa aktiviti jenayah sudah menurun daripada membaikpulih struktur keselamatan dalam negara ini.
Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mereka perlu bekerja untuk memperbaharui struktur pasukan polis dan bukannya semata-mata memikirkan persepsi umum.
Program tranformasi ini untuk menangani isu jenayah adalah lebih kepada pengurusan awam dan 71 peratus daripada jumlah belanjawan yang diperuntukkan adalah untuk NKRA.
Nampaknya kerajaan tidak ikhlas apabila mereka hanya menumpukan persepsi rakyat awam..
Dalam masa yang sama kita turut mengulangi pendirian mengenai maklum balas daripada Kementerian Dalam Negeri berhubung unit khas (SB) yang melebihkan aktiviti mengintip rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah.
Rakyat akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab..
No comments:
Post a Comment