
Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar segala maklumat sulit kewangan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanyalah untuk melindungi 'perompak-perompak BN'.
Ini kerana kebanyakan undang-undang yang berada di bawah BN hanya bertujuan untuk melindungi pihak tertentu.Sedangkan, jika diimbas di awal pendedahan isu National Feedlot Corporation (NFC), pengarah strategi PKR Rafizi Ramlie berkata pihaknya telah memberi tempoh selama tiga minggu kepada Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, dan pihak berkaitan untuk memberi penjelasan, sebelum satu laporan kepada SPRM.
Namun, laporan yang dilakukan sebuah NGO, Jingga 13 itu tidak mendapat sebarang reaksi dari mereka.Seperti undang-undang berkaitan 'whistleblower', hanya di Malaysia sahaja yang tidak menganggap pendedahan di media sebagai maklumat, berbanding di negara luar yang menjadikannya sebagai sumber maklumat.
Jika di negara luar, sebarang pendedahan di media, akan dikira sebagai satu maklumat. Bukan seperti di Malaysia. Di Malaysia lebih untuk melindungi pihak tertentu. Yang beri maklumat pula didakwa..Masalahnya di negara ini, apabila ada pihak yang membuat laporan di SPRM, perkara tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum dan perlu 'didiam'kan sahaja.
Sedangkan, SPRM di negara ini pula dilihat berat-sebelah dalam menangani kes-kes tertentu.Sehubungan itu, kita tidak mempunyai pilihan lain selain mendedahkannya kepada media.
Najib, dalam kenyataannya sebelum ini berkata sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat kewangan sulit yang berkaitan dengan rasuah perlu mendedahkannya kepada SPRM.
Beliau dilaporkan berkata, maklumat sulit seumpama itu tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.
Rafizi pada Rabu lalu yang didakwa melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Bafia) kerana mendedahkan dokumen mengenai butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFC kepada umum.
Rafizi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada Rabu terhadap pertuduhan itu.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 97(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia), yang boleh dihukum di bawah Seksyen 103 (1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Selain itu, bekas kerani bank Johari Mohamad, 41, yang didakwa bersubahat dengan Rafizi, juga mengaku tidak bersalah.
Johari didakwa mengikut Seksyen 112 (1) (c) Bafia, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 103 akta yang sama.
Hakim Aslam Zainuddin menetapkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin masing-masing ke atas kedua-dua tertuduh dan menetapkan tarikh sebutan semula kedua-dua kes pada 10 September ini dan kedua-dua kes dibicarakan serentak
penyapu sial
samalah seperti berkata " 1 malaysia ! sama-samalah kita tutup mata atas segala penyelewengan,rasuah,salahguna kuasa,rompakan secara licik khazanah negara kerana demi pemimpin-pemimpin yang telus,adil & berwibawa ! jadilah seperti lembu pawah " malaysia oh malaysia negara yang buat salahjadi hero & yang benar jadi penjenayah !
No comments:
Post a Comment