
Pilihan raya hanya boleh diadakan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berani 'menjahit' mulut Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, tidak diketahui bila pilihan raya boleh diadakan kerana Najib kuncup pelirnya untuk menutup mulut Dr Mahathir.
Hari demi hari Najib melihat kenyataan demi kenyataan Dr Mahathir yang makin memburukkan lagi peluangnya untuk mendapatkan kemenangan yang diharap-harapkannya untuk Umno dan Barisan Nasional.
Dengan keadaan sedemikian, Najib tidak mampu mengadakan pilihan raya dalam keadaan peluangnya kian diburukkan seperti yang berlaku kepada Pak Lah (bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada tahun 2008 dahulu.
Menyuruh Najib menjahit mulut Mahathir samalah seperti menyuruh tikus menggantung loceng ke leher kucing.
Kenyataan Mahathir yang menyatakan "kita adalah syaitan yang orang kenal" akhirnya menyebabkan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya.
Mahathir menggunakan simpulan bahasa atau idiom Inggeris tetapi tindakannya itu menyebakan Umno dan BN dipanggil sebagai 'parti syaitan' dengan begitu meluas di ruang maya..
Bekas Perdana Menteri juga, , menghakis keyakinan rakyat yang mahukan kerajaan yang stabil apabila memberi gambaran jika Umno dan BN menang pilihan raya umum akan datang sekalipun, kerajaan pimpinan parti itu akan kekal lemah.
Malah, Mahathir menyifatkan kerajaan yang kekal lemah itu menjejaskan pembangunan dan tidak baik untuk perniagaan.
Memburukkan lagi peluang Najib ialah apabila bekas Presiden Umno itu memberi gambaran bahawa kerajaan Najib ialah kerajaan yang menghampiri rasuah..
Mahathir dilaporkan mengakui bahawa tindakan pentadbiran Najib membuat pemberian tunai kepada rakyat Malaysia menghampiri kepada pembelian undi.
Mahathir memang kata perbuatan Najib itu menghampiri kepada pembelian undi atau rasuah. Tetapi, yang rakyat faham ialah kerajaan Najib mengamalkan rasuah untuk mendapatkan sokongan.
Perkataan menghampiri yang Mahathir gunakan itu hanya untuk melunakkan tetapi yang sebenarnya memang beli undi secara terang-terangan.
No comments:
Post a Comment