
Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.
"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.
"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.
"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."
Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.
Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu
Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.
"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.
penyapu sial
Sebagai seorang menteri yang menjaga hal ehwal keselamatan di dalam negara, menjadi kewajipannya untuk menjamin keselamatan rakyat tidak kira penyokong atau pembangkang.
Apabila beliau dengan secara terbuka menyatakan "tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang" bererti beliau sudah tidak lagi layak untuk menjadi menteri kabinet Malaysia.
Malah kenyataan beliau itu memberikan endorsement terhadap perbuatan liar ahli-ahli UMNO dan sekutunya yang melakukan perbuatan-perbuatan khianat dan jenayah selama ini.
dan dengan ini memberi endorsement kepada rakyat untuk menyingkir kan kerajaan UMNO dengan apa cara....!!!
Kalau begitulah kata2 seorang Menteri, aku harap beliau jangan terkejut jika DSAI akan mengambil lebih banyak lagi Bodyguard utk mengawal beliau dan jang terkejut jika Bodyguard DSAI akan mengambil langkah2 yang drastik pada samseng2 yang mengancam keselamatn DSAI nanti. Jangan lah pulak, bila Bodyguard DSAI mengambil langkah drastik kelak, beliau bising pulak. Anyway, beliau mesti bertanggungjawap jika berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya dan tindakkan yang akan diambil oleh BOdyguard DSAI nanti.
Pernyataan Menteri Dalam Negeri yang paling BANGANG
Bila syaitan yang dikenali telah sebati didalam diri, antara benar dan salah sudah tidak dihiraukan lagi. Tunggulah PRU 13 , manusia sebigi akan gigit jari kerana banyak perkara akan diadili. Ingat muda , sihat sampai ke tua ke, tak sadar rumah dah kata pergi , kubur dah kata mari. Keadilan di akhirat , sama2lah akan kita semua hadapi
Kenyataan macam ni,boleh membenarkan negeri-negeri PR menubuhkan pasukan polis dan keselamatan sendiri sebagai mana di Amerika Syarikat - State Troopers.Hishammudin ni agaknya lupa gaji anggota PDRM dibayar oleh rakyat,tanpa mengira bangsa,agama mahu pun pegangan politik.Gaji PDRM bukan dibayar oleh UMNO.
No comments:
Post a Comment