
Bernama melaporkan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi akan menyiasat sendiri perbezaan harga Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang diutarakan oleh Sultan Johor dalam titah baginda pada Sabtu lepas.
Kata Zahid seperti dipetik Bernama, "Kementerian Pertahanan mengambil maklum terhadap komen baginda dengan cara positif di mana saya sendiri akan lakukan penyiasatan terhadap perbezaan di antara harga RIV yang dianugerahkan oleh Tuanku Sultan Johor berharga RM150,000 berbanding RM690,000 yang dijual oleh pihak pembekal.
"Mungkin terdapat spesifikasi yang berbeza yang akan saya teliti."
Jawapan Zahid seolah-olah dia tidak mengetahui secara terperinci tentang pembelian kenderaan tersebut. Mengapa pembelian kenderaan dengan nilai yang cukup besar itu tidak diketahui oleh Zahid? Pelik! Siapa yang meluluskan pembelian kenderaan tersebut? Mengapa Zahid tidak mengetahui spesifikasi kenderaan tersebut sedangkan peralatan itu di bawah kementeriannya?
Selain harga, Sultan Johor turut melahirkan rasa dukacita kerana kelengkapan ketenteraan yang dibekalkan kepada Kor Gerak Khas bukan sahaja tidak mencukupi tetapi juga tidak bermutu dan tidak menepati spesifikasi.
Titah baginda, "...janganlah bekalkan peralatan yang kurang berkualiti tetapi meletakkan harga yang berlipat kali ganda."
Harga mahal gila, tetapi tidak bermutu dan menepati spesifikasi? Adakah penambahan spesifikasi yang dititahkan oleh Sultan Johor sebagai "tidak bermutu dan menepati spesifikasi" itu menelan belanja sehingga RM590 ribu?
Perkara seumpama ini bukanlah sesuatu yang pelik kerana laporan Audit Negara 2010 dan tahun-tahun sebelumnya ada melaporkan penyelewengan wang kerajaan melalui pembelian peralatan atau bayaran perkhidmatan. Walaupun salah laku itu disiasat pada peringkat awal, namun kes-kes tersebut akhirnya sepi tanpa berita.
Persoalannya, apakah "cover up" yang bakal dibuat oleh mereka yang terlibat? Siapa pula yang kenyang menibai duit rakyat kali ini?
penyapu sial
Jadi kita meminta kerajaan memandang serius dan menyiasat dakwaan wujudnya amalan rasuah dan ketirisan dalam pembekalan kelengkapan tentera kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.
Ini berikutan titah ucapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang murka ke atas pembekalan kelengkapan tidak bermutu kepada pasukan elit Kor Gerak Khas angkatan tentera.
Sepatutnya kerajaan merasa malu dengan keluhan hati Sultan Johor sehingga baginda terpaksa membangkitkan perkara ini di ruang media secara terbuka..
Sebagai ketua bagi pasukan tersebut, baginda wajar membangkitkan rasa tidak puas hati mewakili seluruh anggota pasukan baginda sendiri.
Apa yang dizahirkan oleh Sultan Johor adalah suatu kebimbangan terhadap amalan rasuah dan ketirisan yang mungkin berlaku dan menyerap masuk dalam dalam projek membekalkan kelengkapan peralatan tentera sehingga anggota pasukan elit itu menjadi mangsanya..
Teguran baginda supaya kementerian pertahanan memantau setiap perolehan kelengkapan berkenaan bagi memastikan ia menepati keperluan pasukan dan menjamin tahap kualitinya.
Kerajaan juga di minta beri perhatian terhadap teguran baginda supaya tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi dalam usaha melengkapkan pasukan Gerak Khas dengan peralatan terkini dan moden..
Justeru, itu kita mendesak kerajaan supaya mengkaji balik pemberian kontrak pembekalan kelengkapan tentera.
Kontrak pembekalan kelengkapan tentera pula perlu dibuat secara tender terbuka dan menyerahkannya kepada mereka yang benar-benar berhak dan layak .
Hanya kelengkapan yang memenuhi kualiti yang ditetapkan sahaja boleh diluluskan dengan melihat kepada teknologi semasa bagi menunjukkan kekuatan keselamatan negara serta menakutkan kepada musuh-musuh negara.
Jangan nanti negara lain mentertawakan tahap keselamatan negara kerana masih menggunakan peralatan yang usang, lupus tarikh.
Laporan Audit: Projek Penyamun Menyebabkan Harga teropong 2,805 peratus lebih tinggi



No comments:
Post a Comment