




Sekumpulan 30 samseng Umno mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.
Kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,..
Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan..Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.
Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.
Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.
Kita sudah malas nak ulas panjang sikap samseng Umno. Mahathir pun dah kata, Umno itu parti syaitan, jadi orang-orang dia pun perangai macam syaitanlah.
Kita tak pelik kalau orang-orang Umno berperangai seperti samseng, tapi kita lagi pelik kalau mereka tidak berperangai samseng,..yang biasa bapak borek anak rintik...bila pemimpin syaitan mereka menunjukkan perangai samseng menggunakan polis barua dan undang undang tokek menekan rakyat dan pembangkang maka adalah tidak menghairan kan .
Samseng Umno itu turut bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan.
Sebelum ini, sekumpulan ahli Perkasa – NGO pro Umno BN, bertindak ganas menyerang Anwar ketika menyampaikan tazkirah maghrib di Masjid Al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah.
Program Jelajah Merdeka Rakyat turut disabotaj samseng Umno apabila bas yang dinaiki Anwar dibaling batu dan disimbah cat.
penyapu sial
Bukti2 yang perlu dikumpulkan untuk tindakan mengharamkan UMNO di mahkamah selepas pilihanraya tahun depan.
Aku seru kpd semua rakyat Malaysia agar baikot setiap program yg dibuat parti syaitan.. Kita ajar sikit depa tu Baru tau langit tu tinggi rendah.. Biar terlondeh seluar najib..
No comments:
Post a Comment