Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depan
jangan percaya dengan janji syaitan....di dunia anda di penaya di akhirat anda teraniaya....!!!!
[Kosmo] KUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui
Beliau berkata, kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.
Chin berkata, kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.
“Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini semalam.
penyapu sial
anda janganlah teruja sangat kerana selepas PRU 13 segala-galanya akan naik termasuk pelaksanaan GST untuk "cover up" kos bajet baru-baru ini dan terus mengayakan kroni....inilah taktik halus syaitan yang di kenali untuk penayakan rakyat
No comments:
Post a Comment