Malaysia menuju ke arah bankrap jika negara ini terus ditadbir di bawah Umno Barisan Nasional (BN) dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak
Sistem ekonomi acuan Najibnomics menyerlahkan kepincangan negara menuju bankrap apabila Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) ditangguh walaupun Bajet BN 2013 dibentang hampir dua minggu lalu.
Bayangkan sejak Najib ambil alih, kalau dulu diberikan laporan audit kepada Ahli-ahli Parlimen sebelum bajet, kemudian ditunda sedikit, seminggu, sekarang dah dua minggu tak nampak pun bayang-bayang Laporan Audit 2012 .
Pelaksanaan Najibnomics bukan sahaja tinggal ‘sejarah’, malah kajiannya juga tidak munasabah.
Di Harvard Bussiness School di Boston pada 2009, Najib telah memperkenalkan satu kes studi ‘Inisiatif berani Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangani krisis kewangan’ dan kes studi itu menjadi kokurikulum pengajian mikro modul ekonomi.
Ia dipanggil kursus Najibnomics, dan yang mengejutkan bukan sekadar mengambil pelaksanaan semasa beliau menjadi Perdana Menteri, tapi sebelum jadi Perdana Menteri pun sudah dimasukkan dalam modul tersebut iaitu kejayaan Malaysia untuk memperbaiki sistem insuran dan perbankan selepas krisis kewangan 1998.
Seingat kita , 1998 Najib belum jadi Perdana Menteri, tapi dimasukkan juga dalam kokurikulum ini. Termasuklah isu liabiliti ekonomi.
Walaupun pelbagai usaha Najib bagi membuktikan kecemerlangan ekonomi di bawah pentadbirannya hingga ke peringkat dunia, beliau tetap gagal.
Kita jangka bila merujuk Najibnomics ini akan memudahkan, rupa-rupanya ia melangkaui lebih daripada apa yang Najib buat sampai bebanan (hutang) ditanggung Bank Negara Malaysia dari RM 40 billion menjangkau hampir RM 500 biliion .
No comments:
Post a Comment