04 October 2012

Penyata Hutang Di hilangkan Dari Laporan Bajet 2013 Untuk Menipu Rakyat Dan Demi Kempen PRU 13....!!!!

Misteri Kehilangan Item Penting Dalam Buku Anggaran Perbelanjaaan Persekutuan 2013

Penyata kedudukan hutang negara  ‘dihilangkan’ dalam laporan Bajet 2013 dan tidak dinyatakan seperti biasa yang dikemukakan setiap tahun.

Laporan penyata tentang kedudukan kewangan, hutang, memorandum jaminan kerajaan dan akaun yang melibatkan dana amanah didapati tidak dinyatakan dalam laporan bajet 2013.

Sangat pelik dan tidak pernah berlaku laporan mustahak sebegini tidak dinyatakan seperti tahun-tahun sebelumnya.Perkara ini penting bagi membolehkan ahli Parlimen menelitinya dan membahaskan sebelum belanjawan ini diluluskan dalam Dewan..

Unjuran angka termasuk bon dan sukuk itu sangat penting kerana boleh memberikan gambaran semasa tentang keupayaan kewangan negara dan kebolehan kerajaan untuk memberikan peruntukan tambahan seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk meringankan beban rakyat.

Turut di persoalkan  sama ada kehilangan penyata hutang negara ini berkaitan dengan Laporan Ketua Audit yang sengaja dikeluarkan lewat dua minggu selepas Belanjawan dibentangkan.

Perkara ini boleh diteliti dengan melihat aliran hutang semasa negara tapi malangnya buat pertama kali Menteri Kewangan gagal menyatakannya.Kerajaan mesti bertanggungawab jelaskan kenapa perkara ini berlaku.

 

 

penyapu sial

 

 

Di sekolah rendah pun laporan kewangan dijadikan suatu yang amat penting bagi apa-apa persatuan dan pertubuhan hingga ada boleh menjejaskan perjalanan pembentangan kewangan dan aktiviti berkaitan. Jangan terperanjat satu masa nanti kaedah begini akan diikuti oleh generasi syaitan yang dikenali nanti demi mengekalkan kuasa.

Budget PRU punya hal....Hutang Negara dah nak cecah 55% dari KDNK tu yang terpaksa buang laporan tu.

Sepatutnya Laporan Audit kena bentang dulu, baru bentang Bajet. Macam kita nak belanja, check poket dulu. Ini tak, belanja tak check berapa baki duit ada...menipu lah namanya....syaitan yang di kenali kerjanya begitu kalau tak merompak dia akan menipu pula....!!!!

No comments:

Post a Comment