
Pengarah Strategi PKR yang mengetuai delegasi tersebut menyerahkan bukti baru itu jam 9 pagi kelmarin, di Hong Kong.
Bukti baru telah di serahkan kepada Suruhanjaya Bebas Mencegah Rasuah (ICAC) mengenai wang RM40 juta yang didakwa membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Bukti baru itu di serahkan oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pada jam 9 pagi di Hong Kong, kelmarin.
Delegasi PKR telah menyerahkan satu laporan (dan dokumen sokongan) mengenai tiga perkembangan baru yang boleh membantu siasatan iaitu :
Bukan derma kepada Umno :
- Kenyataan bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin bahawa beliau tidak tahu menahu bagaimana Umno telah mendapat sumbangan derma RM40 juta, seperti alasan yang digunakan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk menghentikan siasatan ICAC;
- Kenyataan ahli Parlimen Datuk Seri Wilfred Bumburing bahawa beliau tahu wang RM40 juta itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi seseorang (bukannya akaun Umno) yang menguatkan lagi pandangan ramai bahawa wang itu bukanlah derma kepada Umno;
- Pendedahan bahawa anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz telah mendapat habuan dalam bentuk sebuah kereta mewah menimbulkan keraguan bahawa beliau mempunyai kepentingan di dalam kes ini yang boleh mempengaruhi kesahihan maklumat yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia kepada ICAC;
Kita percaya bahawa ketiga-tiga bukti baru ini mengesahkan dakwaan pihak berkuasa Malaysia bahawa wang RM40 juta itu merupakan derma kepada Umno adalah tidak benar.
Oleh kerana ICAC terpaksa menutup penyiasatan sebelum ini kerana pihak berkuasa Malaysia memberikan gambaran yang tidak tepat dan dengan kata lain tidak memberi kerjasama yang di perlukan kerana ingin melindungi seseorang berprofil tinggi, maka bukti-bukti baru ini diharapkan dapat membuka semula kes RM40 juta membabitkan Musa.
Delegasi PKR juga telah bersetuju untuk menyerahkan lebih banyak bukti termasuklah bukti transaksi di Hong Kong kepada ICAC dalam tempoh tiga minggu akan datang.
No comments:
Post a Comment