
Ketua Menteri Sabah,Musa Aman di desak supaya menjelaskan isu dakwaan penyucian wang haram oleh Bank UBS Switzerland melibatkan kira-kira US$90 juta (kira-kira RM275 juta) bagi pihak Musa dan Michael Chia yang turut didakwa sebagai penamanya.
Kes tersebut bakal dibicarakan di Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland benar-benar memalukan rakyat Sabah terhadap perbuatan jenayah yang dilakukan oleh seorang yang bergelar Ketua Menteri Sabah.
Malah sejumlah 255 rakyat Malaysia dengan bantuan NGO Switzerland, Bruno Manser Fund (BMF) memohon diberi status plaintif dalam kes jenayah yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman membuktikan bahawa kes tersebut sangat serius dan beliau wajar memberikan penjelasan.
Musa terus mendiamkan diri sama ada melibatkan skandal wang haram RM40 juta dan kini kes penyucian wang haram di Switzerland yang ternyata turut melibatkan sejumlah ratusan juta Ringgit Malaysia dan Micheal Chia.
Musa Aman juga di desak dengan segera meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah sekiranya beliau mempunyai maruah dan harga diri.
No comments:
Post a Comment