Jadi seperti Shahrizat, nasihat kepada Nazri Rafizi . Kita mencabar Nazri Aziz untuk bersikap “gentleman” dan mengikut jejak langkah rakan Kabinet, Shahrizat Abdul Jalil dengan mengambil cuti berikutan dengan hubungannya dengan peniaga balak Sabah, Michael Chia.
Satu laporan akan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Nazri dan keluarganya pada Isnin ini, dengan tuduhan Chia memberi anak menteri tersebut kenderaan mewah bagi membebaskan dirinya dari tuduhan rasuah.
Kita rasa ia hanya memalukan pada Nazri jika Shahrizat dilihat lebih berani dan bertanggungjawab.Jadi jika dia (Nazri) seorang pemimpin, jadi seorang “gentleman” dan ikut jejak Shahrizat, ambil cuti sementara siasatan sedang dibuat.
Chia baru-baru ini dibersihkan namanya dari tuduhan rasuah melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman selepas badan pencegahan rasuah Hong Kong mendapati beliau cuba untuk menyeludup wang ke Malaysia, adalah “dana politik” untuk Umno Sabah dan bukan wang peribadi Musa.
Nazri, yang baru-baru ini menggelarkan dirinya sendiri sebagai “menteri undang-undang nombor satu”, mungkin akan didapati bersalah kerana beliau adalah menteri yang memberitahu Parlimen bahawa Musa telah dibebaskan dari tuduhan rasuah.
Dengan mengumumkan Musa bebas dari tuduhan rasuah, Nazri secara tidak langsung membebaskan Chia juga, walaupun gagal mengemukakan siasatan kepada kedua-dua individu berikut, sama ada dari SPRM atau dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC).
Jika apa yang kami katakan tidak benar, dedahkan semuanya, Nazri, Jabatan Peguam Negara dan SPRM, semua harus dedahkan kertas siasatan mereka bahawa mereka mendakwa Chia tidak melakukan kesalahan tersebut.
Kita tidak akan hanya ikut kata Nazri bulat-bulat, seperti pengalaman yang sama sebelum ini semasa kes NFC. Kita mesti buktikan bahawa ICAC telah membersihkan Chia, dari Hong Kong sendiri.
Kita tidak bersetuju dengan kenyataan Nazri semalam bahawa tidak ada perselisihan kepentingan apabila anaknya menggunakan Hummer milik Chia, dengan mengatakan Nazri mempunyai pengaruh yang kuat dalam Parlimen.
Dengan kenyataannya di Parlimen, yang membersihkan nama Chia ke atas pertuduhan tersebut, ia membawa pengaruh dalam kenyataannya, lebih dari SPRM sendiri,..
Dengan Nazri mengisytiharkan kes Musa-Chia telah ditutup, ia bagaimanapun tidak ada kenyataan dari SPRM atau ICAC.
Nazri pula tidak menafikan atau mengatakan bahawa anaknya menggunakan Hummer milik Chia, sebaliknya beliau berkata tidak ada salahnya jika ianya betul.
Menteri senior itu juga berkata tidak perselisihan kepentingan dalam hal ini, dan mengatakan beliau tidak menyiasat atau membersihkan nama Chia dalam kes rasuah itu.
Keterangan Nazri tidak masuk akal langsung, dan tidak ‘gentleman’ kerana beliau hanya berani berlindung di sebalik imuniti ahli Parlimen.
Sememangnya perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun tiada suapan sebenar yang diterima. Ini ekoran pendedahan berhubung dakwaan penggunaan kereta mewah Hummer dengan nombor pendaftaran WNX 9776 milik Michael Chia oleh Nedim Nazri Aziz dan keluarganya.
Ahli perniagaan Michael Chia telah didakwa dikaitkan dengan dengan pendedahan mengenai wang berjumlah RM40 juta yang dipercayai mempunyai kaitan ‘rapat’ dan ‘mempunyai hubungan baik’dengan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Umno Sabah.
Kita menyambut baik reaksi pantas yang dibuat Nazri namun kita tetap memberikan fokus kepada persoalan rasuah dan salahguna kuasa yang mungkin berlaku. Sehubungan itu, satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM) Isnin ini .Kita juga turut menggesa kerajaan agar sebuah suruhanjaya Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan penyeludupan dana asing oleh Umno, terutamanya berhubung “sumbangan politik” RM40 juta yang juga dikaitkan dengan Michael Chia.
penyapu sial
Nazri kalau di ibarat barang, ia barang yang sudah expired. Tak boleh digunakan lagi dan patut dibuang.Jadi manusia mesti bertanggungjawab. Kalau tidak, jangan jadi manusia.
Selagi dia ni mengawasi institusi kehakiman negara, selagi itulah standard institusi kehakiman negara ini berada di kedudukan paling bawah tahap ketidakadilannya
No comments:
Post a Comment