Syarikat anak bekas pemimpin Umno Johor kendali saman AES


Hubungan mencurigakan di antara syarikat pengendali saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), Beta Tegap Sdn Bhd dengan Umno Johor dan Menteri dari MCA terbongkar juga.
Pemegang saham terbesar syarikat itu, To’Puan Rozana Redzuan adalah anak kepada bekas Ketua Bahagian Umno Parit Sulong, Allahyarham Tan Sri Datuk Redzuan Salim.
Tan Sri Redzuan merupakan bekas ADUN Peserai dan Ketua Umno Bahagian Parit Sulong manakala Puan Sri Atkah pernah menjadi ADUN Sri Medan selama dua penggal, Timbalan Ketua Wanita Bahagian Umno Johor, dan Exco Wanita Pusat.
Selain itu, Rozana juga adalah sepupu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman.Pemegang saham kedua terbesar, Andreas Toh pula mendapat kontrak pada 2005 dari Kementerian Kesihatan melalui syarikat Mediharta Sdn Bhd.
Kebetulan, kedua-dua kementerian ini di bawah menteri dari MCA. Adakah ada hubungan rahsia antara Andras Toh dengan MCA yang membolehkan beliau mendapat dua kontrak lumayan ini,..
Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha adalah Menteri Pengangkutan manakala Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah Menteri Kesihatan pada 2005.
Sementara Rozana adalah Pengarah Beta Tegap dan memiliki saham bernilai RM5.8 juta manakala Andreas Toh bertindak sebagai pengarah dan pengurus serta memiliki saham bernilai RM4.2 juta.
Maklumat ini sekali lagi menunjukkan hubungan syarikat kroni yang mendapat kontrak dari kerajaan.Kita mendesak kerajaan menjelaskan kenapa syarikat swasta dan kroni dilantik mengendalikan AES.
Sampai hari ini, kita tidak mendengar satu sebab pun kenapa sistem ini dikendali pihak swasta. Apa masalahnya dengan polis yang mengendali saman trafik sebelum ini.
Kita juga sekali lagi meminta kerajaan agar batalkan dan nilai semula sistem pelaksanaan AES ini. Sebelum ini di katakan kutipan saman jalan raya akan dikongsi antara kerajaan dengan Beta Tegap dan satu lagi syarikat pengendali, Ates Sdn Bhd.
Kedua-dua syarikat itu mensasarkan 10 juta saman dikeluarkan setahun dan bakal mendapat keuntungan sehingga RM700 juta hasil kutipan saman.
Jadi kita mencabar Menteri Pengangkutan menafikan dakwaan wujudnya unsur kronisme dalam pemberian tender pemasangan kamera AES.
Sementara itu, kita juga mempertikaikan kempen penerangan AES yang akan dijalankan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dalam masa terdekat, sedangkan pelaksanaannya sudah dilakukan sejak bulan lalu.
Bagaimana dia (JPJ) boleh keluarkan saman sedangkan kempen di media baru nak berjalan? Ini menunjukkan kerajaan memasang AES tanpa mendapat maklum balas orang awam.
penyapu sial
macam biasa ler puak BN ni. berselindung disebalik kononnye good sense utk melindungi rakyat dari eksiden. padahal, tgh berangan kutipan duit yg masuk hasil saman. kalu sesama diorg yg kene saman, no hal pasal anytime bole akses dan delete rekod tu. mmg mentaliti penyamun. kah kah kah
Projek Langat 2 diSelangor pun akan jadi macam itu - akan dikuasai oleh kroni UMNO/BN.Itulah sebabnya Mahyuddin bermati-matian nak lanksanakan Langat 2.Semua foolush punya pasal,tak ada kaitan dengan keperluan rakyat.
No comments:
Post a Comment