Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin mempersoalkan kemampuan Datuk Ambiga Sreenevasan untuk memastikan “pemantau dari kalangan orang ramai” Bersih 2.0 memastikan mereka mematuhi undang-undang dan tidak mengganggu kerja badan penggendali pilihan raya itu.
Timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, dilaporkan oleh portal berita berbahasa Melayu mengatakan Bersih 2.0 ditubuhkan oleh mereka yang mempunyai agenda partisan.
Beliau (gambar) memberitahu bahawa pengamal undang-undang itu, yang merupakan pengerusi bersama badan pemantau pilihan raya itu sebagai “mengenali selok-belok undang-undang”, namun beliau mempersoalkan kemampuan beliau.
“Datuk S Ambiga seorang yang mengetahui undang-undang, namun mampukah beliau menjaga ahli yang terlibat dalam Jom Pantau PRU 13?” katanya.
“Bukan semua yang tahu undang-undang, dengan keadaan pilihan raya yang semakin dekat, mungkin pelancaran kempen ini akan menyebabkan pelbagai masalah timbul.”
Pergerakan itu mendesak kerajaan untuk membersihkan proses pilihan raya, dan pada awal minggu ini mengumumkan akan mendapatkan “lebih ramai pemantau dari kalangan orang ramai” sebagai mata dan telinga untuk memantau proses pilihan raya pada hari mengundi.
Wan Ahmad berkata SPR tidak menafikan hak rakyat Malaysia untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya, namun mereka tidak boleh mengganggu kerja-kerja pihak penguatkuasa dan SPR.
“Kita nak ingatkan agar Bersih 2.0 yang melancarkan kempen ini supaya tidak mengganggu urusan pilihan raya ini,” katanya.
Bersih 2.0 melancarkan “Jom Pantau” dan “Jom 100” tetapi Ambiga pada Isnin lalu berkata kempen akan diperluaskan bulan hadapan bagi memberi tekanan kepada pihak berkuasa.
Aktivis itu menegaskan pilihan raya tidak akan bersih seperti yang dikehendaki oleh Bersih 2.0 dan caranya ialah meningkatkan jumlah pengundi dan mahu orang ramai memantau sebarang keraguan pada hari mengundi.
Ambiga berkata, rancangan terbaru Bersih 2.0 datang dari kekecewaan selama bertahun-tahun kerana usaha perubahan kerajaan dan SPR masih belum memuaskan hati.
Beliau mengatakan SPR “tidak ikhlas” kerana hanya baru-baru ini sahaja SPR menubuhkan unit khas untuk membersihkan daftar pengundi.
Ambiga turut tidak berpuas hati kerana SPR tidak dapat melunaskan lapan tuntutan yang diminta Bersih 2.0, seperti semua parti diberi akses media adil dan bebas, membenarkan pemantau antarabangsa pada hari mengundi, dan komitmen dalam memastikan politik kotor dihentikan sebelum atau semasa kempen.
Bersih 2.0 adalah gabungan 82 buah badan bukan kerajaan (NGO) yang sudah menganjurkan tiga perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur bagi menuntut reformasi pilihan raya semenjak 2007.
penyapu sial
anjing pukimak ini tak mau pemerhati bersih 2.0 memantau kerja kerja menipu pilihanraya yang SPR buat untuk memenangkan UMNO sedangkan pengerusi dan ahli SPR sendiri majoritinya ahli UMNO...dah tentu bersikap partisan terhadap UMNO
OK, kita boleh batalkan rancangan "Jom Pantau PRU13" dengan syarat keraajaan membenarkan pemerhati luar.....boleh? Tak boleh?? Kenapa?? Apabila Pengerusi SPR sendiri menyatakan bahawa tidak menjadi kesalahan sekiranya ada pegawai2 SPR yang menjadi ahli parti politik ia dengan tersendirinya menunjukkan bahawa SPR mempunyai ciri2 berpartisan. SPR bukan sahaja perlu bersikap tidak berat sebelah malah wajib DILIHAT dari perspektif orang ramai tidak berat sebelah. Jika tidak rakyat akan mengandaikan pihak EC ada agendanya tersendiri untuk parti tersebut!
No comments:
Post a Comment