
Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi telah menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.
Wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).
Urus niaga itu, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead Holdings Berhad, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Sedangkan, modal dan aktiviti Boustead Holdings Berhad banyak bergantung kepada caruman dari potongan gaji anggota tentera yang disalurkan melalui LTAT
Bayaran RM130 juta terhadap 200 ekar tanah yang statusnya masih belum dipindah milik kepada Awan Megah sekaligus bermakna Zahid Hamidi mengambil RM130 juta dari caruman anggota tentera.
Wang itu kemudian digunakan untuk membayar syarikat milik seorang pimpinan Umno tanpa sebarang tukaran aset kerana tanah berkenaan belum dipindah milik kepada Awan Megah.
Nilaian RM130 juta bagi 200 ekar tanah itu pula dibuat semata-mata atas dasar persetujuan antara penjual dan pembeli tanpa menggunakan penilaian bebas..
Kita menyifatkan urus niaga itu bukan atas pertimbangan komersial dan panduan pelaburan LTAT.Ia dibuat semata-mata untuk menutup mulut Deepak dan memadamkan skandal ini. Maka, tindakan tidak berwaspada Zahid Hamidi menyalah guna kuasa dengan mengarahkan LTAT membayar RM160 juta mengesahkan pendedahan Deepak itu benar .
Pendedahan bayaran yang dibuat Deepak terhadap pihak tertentu yang dikaitkan dengan Najib Razak, wajar di ketengahkan memandangkan jelas pendedahan itu ada kredibiliti dan kebenarannya..
No comments:
Post a Comment