Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini berkata, pihak NGO yang mengadu kepada PKR adalah tidak beretika kerana mereka dilantik untuk memantau pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dengan tidak memihak kepada mana-mana parti politik.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ( anjing pukimak ) turut menolak dakwaan dari Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bahawa SPR menyekat pemerhati NGO ini dari memantau pilihan raya.
“Saya dah kata dalam banyak kenyataan sebelum ini, kenapa NGO-NGO ini perlu nak mengadu kepada PKR yang merupakan sebuah parti politik?
“Kalau NGO ini benar-benar mahu menjadi pemerhati (pilihan raya), ia harus bebas dari mana-mana parti politik,” kata Wan Ahmad (gambar)
Menurut Wan Ahmad lagi, pihak SPR menemui kesemua NGO yang mahu menjadi pemerhati dalam pilihan raya yang akan berlangsung pada tahun ini.
“Asas pelantikan NGO-NGO ini ialah berkecuali, itu syarat utamanya.
“Tapi saya sangat sedihlah, kalau NGO-NGO ini pergi mengadu dengan PKR, ini tidak beretika.
“(Datuk) Saifuddin Nasution (Ismail) ini pandai-pandai bercakap, tak patut macam ini,” kata Wan Ahmad lagi.
Pada Rabu lalu, Saifuddin dalam sidang medianya SPR mendakwa masih lagi menyekat enam badan pemerhati tersebut daripada memantau keseluruhan proses pilihan raya secara bebas.
Antara badan pemerhati yang SPR bercadang untuk memberi akreditasi terdiri daripada enam badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Transparency International Malaysia (TI-M), Merdeka Center, Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Pusat Kajian Polisi Awam (CPPS), Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham).
Wan Ahmad pada esoknya berkata, pemerhati tidak dibenar bercakap dengan mana-mana agen parti dan petugas SPR di pusat mengundi supaya tugas mereka tidak terganggu di samping tidak dibenar bercakap kepada media bagi mengelak berlaku pelbagai kenyataan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Mereka yang dilantik adalah mengikut undang-undang dan tertakluk kepada akujanji pelantikan yang tidak membenarkan mereka berkomunikasi dengan pihak ketiga sebelum laporan hasil pemantauan diserah kepada SPR,” katanya.
“Adalah tidak logik pemerhati dibenar untuk menemuduga petugas SPR yang dilantik, jangan cakap kalau tiada fakta yang betul, saya cabar Saifuddin untuk dapatkan kepastian penjelasan daripada SPR sendiri.”
Hari ini, Wan Ahmad dilaporkan berkata pihak pemerhati haruslah menyampaikan apa yang mereka tidak puas hati kepada SPR.
“NGO ini boleh dilihat sebagai penyampai maklumat kepada parti-parti politik. Ini jelas melanggar kerahsiaan yang pihak NGO perlu tahu. SPR telah memberitahu beberapa kali bahawa perbincangan ini adalah rahsia.
“Mereka ini tidak beretika. Kita juga mahu tahu yang mana antara mereka yang membuka mulut,” kata Wan Ahmad menurut laporan dari The Star.
Beliau juga menolak dakwaan Saifuddin pemantau bebas tidak dibenarkan memantau proses pengiraan undi, dengan berkata mereka juga dibenarkan untuk melihat pengiraan tersebut.
“Pengiraan undi adalah penting dalam proses pilihan raya, bagaimana kita boleh tidak benarkan mereka memantau? Tetapi kita tak boleh nak beri kepada semua sebab kita tidak cukup ruang.
“Agen kepada calon akan hadir untuk memantau sendiri (proses pengiraan undi).
“Saya tak tahu sama ada NGO tersebut tidak faham apa yang kami katakan, atau parti politik tersebut memutarbelitkan isu,” katanya lagi.
Penguatkuasaan tugas mereka selaku pemerhati hanya akan bermula apabila Parlimen dibubar.
penyapu sial
pengerusi SPR jadi ahli UMNO lagi tak beretika....lagi tak beretika bilamana SPR di letakkan di bawah jabatan perdana menteri...adil ke macam ini...ini bukan badan bebas namanya...
lagi satu membenar pendatang asing mengundi beretika kah...pecahkan pengundi yang menyokong pembangkang ke kawasan lain beretika kah???
selagi anjing anjing bapok dalam SPR menyalak bersuarakan UMNO...tanpa ada perubahan yang bersih dalam sistem pendaftaran pengundi tak payah la nak cakap pasal etika....tuduh orang lain tak beretika...diri sendiri macam haramjadah....!!!
kalau mengadu kepada kamu lagi tak beretika ....kamu sendiri pun tak beretika
No comments:
Post a Comment