08 January 2013

BR1M naik RM1,000....janji palsu BN .....hutang negara dah menimbun tapi masih seronok sungguh menipu rakyat

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang naik daripada RM500 kepada RM1,000 tidak relevan dengan keadaan ekonomi negara dan hanya janji palsu BN menjelang pilihan raya..

Mengulas kenaikan dan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan, penambahan jumlah itu akan menjadi dasar kekal jika BN menang pada pilihan raya umum nanti.

Ini cara untuk ‘pancing’ undi rakyat. Hanya sekadar janji palsu kerajaan kerana ia tidak relevan dan seimbang dengan keadaan ekonomi negara yang semakin dibebani hutang..

Rakyat memerlukan bantuan berterusan dan berharap keadaan ekonomi bertambah baik untuk mengimbangi taraf hidup seharian.

Maruah rakyat bukan terletak kepada sekeping vaucer wang tunai. Mereka mahu kerajaan Umno kembalikan keadaan ekonomi yang seimbang supaya tidak perlu lagi menanggung hutang seterusnya meningkatkan kos sara hidup.

Jika benar kerajaan telus menyalurkan bantuan kepada rakyat, ia sepatutnya tanpa bersyarat.Tidak perlu letakkan syarat sebelum atau selepas pilihan raya, umpama ugutan. Kalau mahu wang (rakyat) mesti undi (BN). Jika tidak, tiada bantuan..

Tanggungjawab utama Muhyiddin dan kerajaan sekarang adalah untuk menjelaskan ke mana hilangnya wang yang diseleweng pemimpin Umno, seperti yang didedah Pakatan Rakyat..

Rakyat makin bijak. Apa yang mereka mahu ialah penjelasan dan bukan ‘umpan murahan’ yang sedikitpun tidak akan mengembalikan kepercayaan terhadap pemerintah sekarang,..

No comments:

Post a Comment