Tindakan penguatkuasa Islam Malaysia di bidas kerana menwujudkan kebencian agama semasa solat Jumaat semalam bagi umat Islam dengan menggelar mereka yang bertegas menggunakan kalimah “Allah” untuk merujuk kepada tuhan mereka sebagai “musuh Islam”.
Tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menyediakan teks khutbah Jumaat tersebut tidak mencerminkan imej Islam sebagai sebuah agama keamanan dan memahami sebaliknya menggambarkannya sebagai tidak bertolak ansur dan di penuhi niat poltik kotor UMNO yang sedang nazak.
Langkah Jakim ini cubaan untuk mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian.Sikap adu-domba mereka ini adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab..
Dalam teks khutbah Jakim semalam, penguatkuasa agama tersebut memberi amaran kepada umat Islam diseluruh negara tentang percubaan “musuh Islam” untuk menyesatkan mereka dengan memberi gambaran semua agama adalah sama.
Umat Islam juga diberitahu terlalu berminda terbuka dan membenarkan hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah tindakan “merbahaya”.
Hari ini musuh-musuh Islam cuba memesongkan dan meruntuhkan akidah ummah.Mereka bersatu sesama mereka dan berusaha dengan pelbagai helah dan cara termasuklah dengan membuat tuntutan penggunaan kalimah Allah di dalam kitab mereka,” tulis teks tersebut.
Jakim semalam menegaskan kalimah “Allah” tidak terdapat dalam Injil mahupun Taurat, serta mengingatkan umat Islam supaya menolak tuntutan penganut Kristian yang mahu menggunakan perkataan Arab itu di dalam kitab mereka.
“Mereka percaya bahawa tuhan wujud dalam konsep Trinity iaitu God Father (Bapa Tuhan ), God the Son (Anak Tuhan ) dan Holy Spirit (Roh kudus), dan ketiga eleman ini dirujuk sebagai satu tuhan dengan panggilan umum (The Lord),” tulis Jakim lagi.
Tindakan Jakim tersebut hanya bertujuan untuk memanaskan keadaan yang sedia tegang. Tuduhan Jakim ini tanpa bukti, mereka hanya menuduh sahaja.
Kenapa nak burukkan semua orang Kristian, bukan semua penganut Kristian tidak baik. Malahan Islam tidak menganjurkan sikap berprasangka buruk kepada agama lain..
Kita menuduh Jakim sebagai punca umat Islam berada dalam keadaan keliru kerana gagal memainkan peranan dalam memantapkan fahaman Muslim di dalam negara.Merekalah (Jakim) punca umat Islam lemah kefahaman dan akidah.
Sepatutnya Jakim melaksanakan tanggungjawab dan tugas memantapkan umat Islam di Malaysia, tapi apa yang kita lihat setakat ini mereka gagal lakukannya..
Kita benar benar tidak bersetuju dengan Jakim yang mengatakan tuntutan bukan Islam untuk menggunakan kalimah “Allah” adalah bertujuan untuk mencetuskan kekeliruan dikalangan umat Islam.
Kalau Jakim berkata demikian, maka terbuktilah Jakim yang selama ini tidak melaksanakan kerja mereka dengan baik.Lebih baik khutbah itu menerangkan tentang perbezaan akidah umat Islam dan bukan Islam, supaya Muslim lebih memahami tentang Islam yang sebenarnya..
Tindakan Jakim tersebut juga hanya bertujuan untuk memanaskan keadaan yang sedia tegang ketika ini serta menunjukkan agensi tersebut sebagai menjadi “alat” kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN).
Sebelum itu kita mahu tanya, apakah peranan dan tanggungjawab Jakim dalam berdakwah kepada umat Islam.
Jakim jangan jadi alat kepada BN, malahan mereka juga memutar-belit kenyataan yang diputuskan semasa Majlis Syura Ulama PAS pada awal Januari lalu..
Kita menentang tindakan Jakim yang mengeluarkan khutbah menyerang penganut Kristian sebaliknya agensi tersebut perlu menerangkan dan menjelaskan kepada bukan Islam tentang kemelut penggunaan kalimah suci tersebut.
Tindakan Jakim tersebut hanya mengundang rasa tidak puas hati dan rasa benci bukan Islam kepada orang Muslim kerana seolah-olah memberi gambaran yang tidak baik kepada bukan Islam di Malaysia.
Jakim sepatutnya memainkan peranan proaktif dalam menerangkan dan menghuraikan dalam isu penggunaan kalimah Allah ini.
Tetapi mereka tidak lakukan, sebaliknya langkah Jakim mengeluarkan teks khutbah ini hanya menambah rasa tidak puas hati dan benci bukan Islam kepada Muslim..
Isu kalimah “Allah” kembali diperkatakan semula selepas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam perutusannya sempena Hari Natal menuntut agar Putrajaya membenarkan penggunaan kaimah Allah dalam kitab Injil bahasa Melayu.
Bekas Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin walaubagaimanapun mengatakan penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah “Allah” jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad dalam sebuah kuliah yang disiarkan di laman sosial YouTube.
penyapu sial
skandal demi skandal yang di lakukan oleh islam UMNO yang telah mencemarkan imej islam itu sendiri semata mata untuk menutupi kesilapan sendiri dengan menyerang orang bukan islam...
sendiri yang hina islam...dengan mencaci dan memperlekeh islam dengan menolak hukum hudud...nak ajak umat islam bergaduh dengan penganut bukan islam kerana isu yg remeh temeh..
kita umat islam jangan terpedaya dengan taktik kotor UMNO dan juga majlis agama islam yang telah di peralatkannya...
kita umat islam bukan bodoh sangat untuk menilai perbuatan keji sebegini...
pergi mampos dengan islam UMNO celah jubor najib dan burid rosmah...!!!!!!
cekik duit zakat dan biarkan umat islam yang miskin dan papa kedana siapa punya kerja...kalau tak UMNO dan majlis agama islam yang kotor....menyebabkan umat islam berkenaan boleh jadi murtad dan jadi pelacur jalanan!!!
No comments:
Post a Comment