23 January 2013

Jangan jual undi hanya kerana 7 janji jantan celaka takut bini....

 

Rakyat Kelantan di seru agar tidak 'menjual' undi mereka semata-mata kerana tujuh janji yang dikemukakan Perdana Menteri kelmarin.

Seluruh rakyat Kelantan harus sedar bahawa janji yang dicanang Najib Razak itu sebenarnya hanya janji politik semata-mata.

Ini kerana semua projek yang dijanjikan itu adalah sepatutnya sudah dilaksana sejak lama dahulu, tetapi oleh kerana Kelantan diterajui PAS, maka ianya hanya kekal sebagai janji yang diulang-ulang setiap kali menjelang pilihan raya.

Projek ini kerajaan negeri mintak sudah terlalu lama. Kelantan itu 97 peratus adalah orang Melayu Islam.Kalau Umno (berjuang) untuk membela bangsa (Melayu), projek ni sudah tentu lama siap dah. Kenapa nak tunggu 50 tahun, dan sekarang masih berjanji lagi.

Mengulas janji pilihan raya perdana menteri itu kepada rakyat Kelantan ketika program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, kelmarin.

Antara janji itu termasuk untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu yang tertangguh sejak Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) sehingga hari ini.

Enam lagi projek termasuk pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek menyelesaikan masalah air.

Kepada rakyat (Kelantan) jangan jual undi kita. Jangan bagi mereka hina kita. Undi hak kita. Umno kini sudah lari dari matlamat asal untuk membela rakyat khsusnya Melayu.

Apa yang berlaku kini katanya lebih kepada untuk membela keluarga beberapa kerat pemimpin atasan dan kroni.Inilah antara sebeb kenapa ramai  ahli UMNO  kecewa sangat dengan Umno sampai terpaksa tinggal Umno.

Perjuangan Umno dah jadi untuk orang Umno, merosot lagi untuk pimpinan Umno, dan sekarang jadi untuk keluarga mereka dan kroni..

No comments:

Post a Comment