Dua tabung pencen negara berhadapan kerugian atas kertas yang dijangka bernilai jutaan ringgit jika harga saham Felda Global Venture Holding (FGV) terus menjunam di bawah tahap yang diramalkan oleh penganalisis pasaran.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) memegang saham yang besar dalam syarikat perladangan gergasi tersebut, namun kebelakangan ini sahamnya mengalami kemerosotan selepas mencatat pencapaian tertinggi pada RM5.55 seunit.
Saham FGV merekodkan kejatuhan mendadak dibawah harga penyenaraiannya iaitu pada RM4.55, namun ia kekal sekitar lingkungan paras RM4.60 untuk tempoh beberapa bulan lalu.
Senario kes kerugian atas kerta berdasarkan pengiraan oleh Bloomberg mengenai harga saham FGV disasarkan secara purata oleh penganalisis pasaran.
Harga sasaran purata semasa oleh penganalisis pasaran untuk FGV ialah RM4.19. Jika berterusan jatuh pada tahap itu, KWSP dan KWAP akan kehilangan rugi atas kertas sekitar RM146 juta dan RM129 juta serentak
Senario kes paling buruk ini akan berlaku berdasarkan analisis oleh Penyelidik Alliance yang mensasarkan RM3.53 untuk saham FGV dengan menambah bahawa KWSP dan KWAP mungkin mengalami kerugian atas kertas RM327 juta dan RM295 juta serentak.
KWSP dan KWAP telah pun mengalami kerugian atas kerta sebanyak RM40 juta dan RM35 juta serentak berdasarkan pertukaran saham FGV dalam tempoh enam bulan lalu dan harga semasa RM4.60.
KWSP pada 29 Jun hingga 4 Januari tahun lalu telah membelanjakan sejumlah RM455 juta untuk membeli 90 juta unit saham pada harga purata RM5.05, selain memiliki pegangan saham asal sebanyak 185 juta saham.
Dengan mengganggarkan KWAP dalam tempoh sama telah menggunakan sebanyak RM305 juta untuk membeli 59 juta saham pada purata harga anggaran RM5.19 bertujuan meningkatkan pegangan asalnya 194 juta saham yang mana turut di dakwa bahawa KWSP dan KWAP telah digunakan untuk menstabilkan harga saham FGV.
Peneroka yang dianggap sebagai simpanan undi tetap bagi kerajaan pemerintah Barisan Nasional juga adalah pemegang saham dalam FGV.
Jadi kita menggesa KWSP dan KWAP tampil menjelaskan alasan mereka meneruskan pembelian saham FGVH walaupun rata-rata penganalisis menyatakan pendapat yang berbeza sejak Ogos lalu.
Kita percaya bahawa pemegang KWSP dan penjawat awam mempunyai hak untuk mengetahui pembelian ini, dimana sesetengah mereka berpendapat langkah itu bertentangan dengan cadangan dan pendapat penganalisis dan mempunyai motif politik serta mengaut keuntungan jangka pendek lanun lanun dalam kroni UMNO.
Oleh sebab itu, KWSP dan KWAP wajar menjawab persoalan ini: adakah mereka ini pernah menerima sebarang arahan terbuka atau tertutup daripada kerajaan ataupun ahli politik untuk membeli dan menyokong harga saham FGV..
Pada September lalu, KWSP memberikan alasan pembelian saham FGVH adalah kerana ia semakin berkembang dan terdapat hasil positif daripada sektor perladangan, dimana salah satu sektor kitarannya mempunyai naik dan turun.
No comments:
Post a Comment