Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dituntut memberi penjelasan berhubung krisis air yang melanda sebahagian besar penduduk di kawasan Ampang, Pandan dan Cheras baru-baru ini.
60, 000 penduduk di kawasan berkenaan terjejas teruk ekoran krisis air tersebut, lebih-lebih lagi mereka yang menetap di rumah flat kos rendah.
Pihak Syabas dikemukakan enam tuntutan iaitu menjelaskan masalah sebenar rumah pam di Wangsa Maju yang didakwa gagal berfungsi sehingga mengakibatkan bekalan air terputus di kawasan berkenaan.
Pengerusi Syabas, Tan Sri Rozali Ismail juga dituntut memberi penjelasan dan memohon maaf kepada penduduk berhubung krisis air itu.
Kita juga meminta beliau memberi penjelasan mengapa krisis air yang dikatakan boleh ditangani beberapa hari akan berlarutan sehingga Tahun Baru Cina?
Ini memandangkan pengerusi Syabas menjangkakan krisis air akan berlarutan sehingga Tahun Baru Cina,maka kita ingin mengetahui pelan tindakan yang disediakan kerana ia melibatkan jangka masa yang panjang..
Disebabkan para penduduk yang terlibat berpendapatan sederhana dan rendah maka wajar untuk sebuah dana khas bencana disalurkan kepada mangsa.
Terdapat golongan berpendapatan rendah terpaksa mengikat perut ekoran tiada wang untuk membeli makanan, menghantar baju ke dobi sepanjang krisis air in berlaku.
Sementara itu sekumpulan penduduk Ampang dan Cheras yang terjejas dengan krisis air di kawasan tersebut meminta satu siasatan terperinci dilakukan bagi mengesahkan tiada unsur sabotaj berhubung krisis bekalan air di kawasan tersebut.
Siasatan itu perlu dilakukan pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Kegagalan demi kegagalan pada sistem SYABAS ( Syarikat Bekalan Air Selangor) dalam tempoh beberapa hari sahaja menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Oleh yang demikian kita mahu siasatan terperinci untuk mengesahkan kejadian-kejadian itu bukan satu sabotaj yang dilakukan oleh mereka yang berniat memburukkan kerajaan negeri Selagor..
Kumpulan penduduk itu hadir ke ibu pejabat syarikat berkenaan susulan kenyataan SYABAS pada Selasa lalu yang menafikan bahawa perkara itu merupakan unsur sabotaj yang sengaja dilakukan pihaknya.
Kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Hidup rakyat. Hancur SYABAS" dan membawa kain rentang yang antara lainnya dengan tulisan: "Nak selesaikan masalah booster pam pecah Wangsa Maju pun ambil masa lebih 14 hari. Memang tak boleh harap punya SYABAS".
Penduduk di sekitar Ampang dan Wangsa Maju mengalami masalah gangguan air sejak 29 Disember lalu, yang dikatakan berpunca daripada paip di rumah pam Wangsa Maju dan Pudu Hulu mengalami kerosakan.
Turut dipertimbangkan adalah dengan mengemukakan saman kepada SYABAS sekiranya masalah air tidak selesai.
Perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat sekiranya tiada apa-apa tindak balas daripada SYABAS selepas memorandum itu diserahkan.
Sebelum ini, Syabas mendakwa lima pam air di Wangsa Maju rosak menyebabkan penduduk sekitar Ampang dan Cheras terputus bekalan air sejak dua minggu lalu.
Kita tidak boleh terima alasan yang diberikan oleh Syabas kerana ia adalah tanggungjawab Syabas membuat perancangan dan pemantauan secara berkala.
Kegagalan demi kegagalan kepada sistem Syabas dalam tempoh kebelakangan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya contohnya kegagalan fungsi rumah pam Wangsa Maju dan rumah pam Pudu Hulu.
Mengapa semua pam itu rosak? Adakah ia satu sabotaj dari mana-mana pihak untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menyalahkan Kerajaan Negeri..
penyapu sial
Jikalau nak saman SYABAS sila teruskan untuk memberi pengajaran kepada kroni ini supaya berkerja untuk rakyat bukan untuk UMNO. Still tak mahu dengar cakap then saman SYABAS sampai bankrap.
Mereka sengaja buat hal bagi tak ada air supaya rakyat marah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Mereka nak dera rakyat pada hal rakyat tak bersalah.
Oleh itu buang UMNO/BN (dan Syabas) jauh-jauh apabila tiba masanya nanti.
No comments:
Post a Comment