Pengunaan dakwat kekal yang bakal di laksanakan di PRU 13 nanti masih tidak mampu menghalang penipuan pada hari mengundi.
Ini kerana sistem dan cara pengunaan dakwat itu oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berbeza dengan yang dituntut Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) dan Pakatan Rakyat.
Tuntutan Bersih ialah mahu pengunaan dakwat kekal pada kuku jari untuk menghalang pemilih mengundi berulang kali di pusat mengundi yang berbeza.
Kita mahu selepas seseorang telah mengundi, maka dicalitkan dakwat kekal pada kuku jari pengundi tersebut sebagai tanda telah mengundi.
Dengan cara ini pengundi ini tidak boleh masuk semula ke mana-mana pusat mengundi selepas itu.Tetapi SPR pula akan melaksanakan sistem yang tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia yang menggunakan sistem dakwat iaitu seseorang pengundi akan dicalitkan dakwat terlebih dahulu sebelum diberikan kertas undi untuk mengundi.
Maknanya jika seorang itu merupakan pengundi hantu, maka beliau tetap boleh masuk ke pusat mengundi tanpa sekatan kerana sistem SPR itu sendiri memberi maksud bila kuku jari individu itu dicalit dengan dakwat kekal maka individu itu boleh mengundi.
Kalau ada dakwat hitam kekal di kuku jari, anda akan diberi kertas undi. Orang akan berpusing-pusing untuk mengundi. Akidah SPR menipu untuk pastikan Umno menang.
Maka desakan meminta SPR perkenalkan dakwat kekal sudah lari dari matlamat asal. Cara pelaksanaan dakwat kekal yang dilakukan oleh SPR ini memang tidak masuk akal sama sekali.
Antara lapan tuntutan Bersih, dakwat kekal lah satu-satunya tuntutan yang dipenuhi oleh SPR. Malangnya itu pun dilaksanakan dengan tidak betul yang jelas untuk menyebelahi parti pemerintah.
Oleh kerana itu bila Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini , kita mengingatkan orang ramai agar jangan takut turun beramai-ramai.
Jangan takut jatuhkan kerajaan. Yang dilawan Pakatan Rakyat bukan Umno dan kuncu-kuncunya tetapi tuan lawan satu sistem yang diwujudkan SPR untuk menangkan Umno.
Ini belum kira dengan pendatang asing. Zaman takut sudah berakhir. Tahun ini kita tekad jatuhkan Barisan Nasional. Sudah 55 tahun kita ditipu dan dibodohkan. Kita pergi untuk bertindak. Rakyat wajib bangun.
Kita begitu yakin kalau daftar pemilih bersih, Selangor tetap di bawah Pakatan Rakyat selepas PRU-13.
Tetapi mereka merancang mengambil semula Selangor. Hasil kajian kerajaan Negeri Selangor, didapati kira-kira 134, 000 nama pengundi di Selangor tiada identiti jantina dan alamat lengkap.
Contohnya nama Norizan dan beralamat Jalan Kelang sahaja.Penipuan dirancang untuk pastikan orang-orang jahat ini terus berkuasa.
Kerajaan Barisan Nasional berada dalam keadaan yang keliru dengan kebangkitan rakyat yang semakin tidak boleh dibendung lagi.
Mereka keliru dengan kebangkitan rakyat dan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.Mereka panik dan tidak tahu hendak buat apa bila kita kumpul beramai-ramai di Kuala Lumpur pada 12 Januari ini.
Ketika mereka keliru, kita harus keluar beramai-ramai memberi isyarat kepada mereka dan SPR bahawa daftar pemilih harus dibersihkan dan pilihan raya harus dikendalikan dengan adil dan telus.
Kita yakin sejuta rakyat akan berjaya dikumpulkan pada 12 Januari ini.
penyapu sial
pengerusi dia pun dah ahli UMNO...tak akan tak berat sebelah kot.lebih2 lagi ia bukan badan bebas dan di letak di bawah jabatan perdana menteri...hancu negara di buatnya...mana nak datang adilnya
Cukuplah 12 kali kita sedia redha dgn keputusan yg menipu ini...
sudah cukup muak utk redha sekali lagi...
cukuplah memilih utk jadi bodoh...
No comments:
Post a Comment