
gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi penjelasan berhubung kenderaan badan pengendali pilihan raya berkenaan dilihat memindahkan peti undi meragukan ke Taman Perindustrian Sungai Chua di Kajang daripada ibu pejabatnya di Putrajaya, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Ketua Pembangkang itu menunjukkan kepada pemberita gambar yang memaparkan dua peti undi dibalut menggunakan polister dan dicop dengan logo SPR sebagai bukti mereka memindahkannya menggunakan Pajero di Jalan SC 2.
“Saya mahu penjelasan SPR. Apa permainan mereka?” soalnya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini.
penyapu sial

SPR kuat menipu...bermacam macam taktik di lakukan bagi menghalalkan cara untuk memenangkan UMNO-BN...selepas pelbagai taktik terbongkar kini SPR mengguna helah di depan mata...pindahkan kertas undi yang kemungkinan sudah siap di pangkah untuk menipu kiraan undi yang memenangkan UMNO-BN..
mereka memang tau kawasan mana peti itu akan di gunakan...telus amendernya kalau macam ini seperti yang di war warkan...nampaknya kita sebagai rakyat wajib ajar SPR dan kerajaan UMNO-BN bagaimana cara mengundi dan berpolitik yang bersih .
rakyat perlu turun ke jalanraya untuk membantah penipuan yang masih di lakukan oleh SPR...
No comments:
Post a Comment