Kita mengulangi kebimbangan mengenai dakwaan daftar pemilih yang tidak bersih dan kemungkinan keganasan dalam Pilihan Raya 2013, walaupun mengiktiraf janji integriti Najib Razak dalam pilihan raya akan datang.
Ikrar Najib untuk memastikan peralihan kuasa secara aman adalah “hadiah” terutamanya dalam negara yang mendakwa mengamalkan “demokrasi sebenar”.
Adalah baik beliau menyatakannya tetapi itu sememangnya ada dalam demokrasi sebenar.. faktanya adalah demokrasi mesti dihormati dan adakah najib akan mengotakan apa yang telah di ikrarkan .?
Yang mahu kita lihat adalah kempen sihat dan padang sama rata bagi semua yang bertanding, sama ada dalam perkara akses kepada media atau mengenai keganasan politik.
Kita tidak mahu melihat politik kotor dan berharap semua parti akan berada di tahap tertinggi mereka, yang paling beretika dari segi kelakuan..
Adalah disebabkan oleh tekanan awam yang menyebabkan Najib terpaksa menggariskan kesediaan pasukannya untuk menyerahkan kuasa sekiranya kalah dalam pilihan raya dan pemimpin pembangkang telah pun menuntut perdana menteri untuk memberikan komitmen berkenaan.
Dalam ucapan televisyen untuk mengumumkan pembubaran Parlimen pagi ini, Najib berjanji peralihan kuasa akan berlaku secara aman jika terdapat pertukaran kerajaan selepas pilihan raya umum ke 13.
“Kami menghormati demokrasi, kami komited kepada transformasi politik, kami komited untuk menghormati suara rakyat,” kata perdana menteri keenam itu semasa mengumumkan pembubaran.
Menyifatkan sebagai satu “kelegaan” perdana menteri “akhirnya” membubarkan Dewan Rakyat selepas lebih setahun ketidakpastian mengenai tarikh pilihan raya, tetapi menekankan masih terdapat banyak isu-isu tertunggak dalam perjuangan untuk pilihan raya bebas dan adil yang masih belum diselesaikan.
Proses pilihan raya di negara ini masih boleh diganggu, mencatatkan banyak percanggahan didakwa terdapat dalam pendaftaran pengundi semasa yang masih belum dibersihkan.
Terdapat banyak isu yang kita telah tekankan dan ianya kekal menjadi kebimbangan sehingga hari ini..
Oleh itu,cara terbaik untuk mengurangkan kesan penipuan pilihan raya adalah untuk memastikan peratusan pengundian meningkat secara besar-besaran pada hari mengundi Pilihan Raya 2013 ini.
Oleh itu kita mendesak semua rakyat yang layak mengundi untuk keluar dan mengundi… mari kita kurangkan kesan percanggahan ini,..
Pilihan Raya 2013 dijangka menjadi pilihan raya yang paling sengit dipertandingkan, dengan penganalisis mengatakan hasilnya diragui buat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia selepas pilihan raya umum bersejarah 2008 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti tradisi dua pertiga di parlimen.
Terdapat 13.3 juta pengundi berdaftar, atau 83 peratus, daripada 16 juta rakyat yang layak mengundi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dalam Pilihan Raya 2008, 76 peratus daripada 10.7 juta pengundi berdaftar keluar untuk mengundi, berjumlah kira-kira 8.16 juta pengundi.
Kita berharap sekurang-kurangnya 85 peratus pengundi keluar mengundi, menunjukkan lima hingga 10 peratus boleh membuat perbezaan.
Sebarang peningkatan boleh mengurangkan atau meringankan penipuan..
Pakatan Rakyat mendakwa terdapat tambahan puluhan ribu pengundi hantu yang didaftarkan dalam daftar pemilih, termasuk Sabah dan Selangor, dua negeri utama yang mampu menyengitkan keputusan Pilihan Raya 2013.
SPR telah menafikan dakwaan tersebut, berhujah peratusan yang tinggi dan percanggahan dalam daftar pengundi adalah “normal”.
Pada Disember lepas SPR juga telah gagal untuk melakukan atau menghentikan semua bentuk keganasan politik sebelum atau semasa berkempen.
Baru-baru ini Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein di gesa untuk mengambil tindakan kepada penyokong Umno kerana mengancam membunuh Naib Presiden PKR Chua Tian Chang di sebabkan membiarkan keganasan politik.
Najib, bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin dari parti komponen BN, menandatangani Ikrar Integriti pilihan raya Transparency International-Malaysia (TI-M) bulan lepas dalam usaha untuk menunjukkan mereka akan bertanding secara adil dalam pilihan raya akan datang.
Akan tetapi Najib dan BN dikeritik hebat kerana hanya mendiamkan diri terhadap beberapa insiden keganasan politik terhadap pembangkang yang dilakukan oleh penyokong Umno dan BN.
penyapu sial
pertambahan pengundi hantu di sabah dan selangor...SPR kata normal...kepala bapak lu...memang la....normal menipu...memang gitu gaya ya...harap bila pakatan rakyat berjaya tawan putrajaya ...pengerusi SPR di sumbat ke penjara dan badan SPR di letak di bawah pengawasan bebas dan bukan di bawah JPM....!!!!
No comments:
Post a Comment