projek IC haramjadah punya pasal...pendatang haram sulu di layan mesra....!!!
di layan seperti haiwan oleh kerajaan UMNO....
Naib Presiden PKR Chua Tian Chang dihalang untuk masuk oleh penguatkuasa imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan terus dinaikkan pesawat seterusnya ke Kuala Lumpur tanpa sebarang sebab.
Ahli parlimen Batu yang baru-baru ini didakwa menghasut kerana mengaitkan pencerobohan Lahad Datu dengan Umno, di sahkan pada 11.40 pagi tadi beliau dalam pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur dari KKIA.
“Dalam pesawat untuk pulang sekarang,” katanya
“Tiada alasan diberikan,” tambah beliau apabila ditanya apakah pegawai imigresen di Sabah menjelaskan mengapa mereka menghalang beliau masuk.
Chua ditahan untuk masuk ke Sabah di KKIA dan kemudiannya dimaklumkan kerajaan negeri telah mengeluarkan perintah halangan masuk kepadanya.
Awal sebelum itu Chua menulis di akaun Twitternya mengenai halangan masuk ke Sabah mengatakan: “Ditahan di lapangan terbang Kota Kinabalu oleh Imigresen, kerajaan Sabah menghalang kemasukkan saya dan akan dihantar pulang ke KL.”
Chua ke Kota Kinabalu untuk menghadiri dua acara ceramah — satu di Tuaran pada 3.00 petang dan satu lagi di Penampang pada 7.00 petang.
Kita menyelar penahanan dan mempersoalkan apakah pihak berkuasa takut dengan kehadiran Chua di Sabah.Apa yang telah terjadi sehingga pihak berkuasa begitu takut dengan Tian Chua?..
Pendatang haram dibenarkan berleluasa dengan gembiranya tanpa ditahan dan rakyat Malaysia tulen dihalang masuk ke negeri ini..
Chua didakwa pada 14 Mac kerana dikatakan menghasut apabila membuat kenyataan serangan tembakan di Lahad Datu dipercayai satu konspirasi yang dirancang oleh kerajaan Umno untuk mengalihkan perhatian orang ramai dan menakut-nakutkan mereka dan kejadian itu menimbulkan keraguan di atas wayang mainan kerajaan Umno.
No comments:
Post a Comment