

Sebanyak 4,095 pendaftar pemilih yang mendaftar kad pengenalan di Sabah telah dikesan mengundi di Perak.
Di Parlimen Tanjung Malim sahaja, terdapat 146 pengundi yang mendaftar kad pengenalan di Sabah termasuklah 30 daripadanya berketurunan Pakistan.
Kita hairan kenapa pengundi Pakistan kesemuanya mempunyai kad pengenalan Sabah dan kenapa tidak dari negeri lain..
Ini telah membuktikan projek IC Sabah yang dilakukan oleh BN benar-benar berlaku di negara ini.
Pengundi berketurunan Pakistan itu adalah hasil daripada projek IC sabah yang dilakukan oleh BN.
Ini bermakna, projek IC tersebut bukanlah digunakan di Sabah sahaja tetapi di seluruh negara.
Kita mempersoalkan kenapa pengundi berketurunan Pakistan ini mendaftar di tempat lain termasuk di Tanjung Malim.
Adakah mereka ini wujud di semua kawasan di seluruh negara?..
Kita berharap pihak pakatan rakyat mengarahkan seluruh jentera di semua peringkat mengesan individu-individu tersebut untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.
Inilah berlaku di negara ini apabila pemimpin sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing bagi berusaha memastikan mereka terus berkuasa di negara ini.
Kita sangat kesal dengan tindakan ini namun kita yakin usaha kotor ini tidak akan menjadi penghalang untuk kita menawan Putrajaya pada pilihanraya ini...
No comments:
Post a Comment