
iklan anti-pembangkang Barisan Nasional di akhbar tempatan.
Kempen UMNO-Barisan Nasional (BN) dalam akhbar yang memainkan isu kaum untuk menakut-nakutkan pengundi ke atas Pakatan Rakyat (PR) bakal memakan diri pada pilihan umum 5 Mei ini..
Antara iklan bertulis yang dimainkan untuk menakutkan masyarakat Cina adalah pengaruh parti Islam PAS, manakala orang Melayu pula ditakutkan dengan pengaruh DAP, dengan slogan "Undi kepada DAP adalah undi kepada PAS" dan sebaliknya.
Sebuah iklan dalam akhbar yang dimiliki oleh parti lucah dan lancau MCA, The Star mengambarkan roket terbang ke awan untuk menunjukkan simbol bulan PAS dalam keadaan terjaga dengan mesej berbentuk: "Kuasa di belakang DAP adalah PAS. Pertama adalah bendera. Esok prinsip fundamentalis pula?".
Iklan tersebut menunjukkan ia direka untuk menunjukkan keraguan dan ketakutan orang Cina bahawa mereka mungkin hilang kebudayaan dan pendidikan jika memilih DAP..
Ini adalah adalah konsep tong kosong. Hanya tuduhan tak berakal . Iklan yang sangat merendah-rendahkan, satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyak..
Mereka terlupa peraturan utama pengiklanan. Tiada pengiklanan boleh menyelamatkan produk yang buruk..
Iklan tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan DAP yang berdepan tekanan daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang tidak mengiiktiraf barisan jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC), hingga memaksa parti tersebut membuat keputusan untuk memakai simbol bulan milik PAS dan bukan simbol roket miliknya.
Walaubagaimanapun, parti pembangkang tidak bimbang tentang iklan BN tersebut yang mungkin memberi pengaruh negatif, sebaliknya memberitahu mereka sebuah gabungan yang sangat bersatu-padu.
Memang benar undi untuk DAP adalah undi untuk PAS, dan pada masa yang sama undi PAS adalah undi untuk PKR, dan undi untuk PKR adalah undi untuk DAP. Mereka bersama-sama dalam gabungan apa nak di herankan .
Iklan itu bagus... kita harap BN terus untuk melaungkan slogan itu.Impaknya adalah tiada undi untuk BN..
Iklan tersebut bukan sahaja tidak di terima tetapi membuat orang ramai naik marah.
Lebih banyak iklan mereka letak, lebih ramai rakyat akan marah. Mereka hanya mengali kubur untuk diri sendiri..
BN telah menggunakan isu ketakutan kaum dalam empat pilihan raya sebelum ini dan DAP kemudiaan bertindak balas dengan kemarahan, tapi tidak kali ini.
BN masih bermain politik lama. Namun begitu gabungan pakatan rakyat semuanya telah melangkah keluar dari modal politik lama..
Tiada apa yang perlu ditakuti dan kita percaya orang-orang di Malaysia adalah bijak hari ini untuk membezakan pembohongan BN yang bertentangan dengan kebenaran perkara itu...
Jika PR mempunyai wang, iklan yang mereka akan buat untuk menangani iklan tersebut adalah dengan berkata, "Satu undi untuk MCA adalah satu undi untuk Perkasa.
Kita mempersoalkan sama ada iklan BN tersebut mematuhi Kod Amalan Pengiklanan Malaysia.walaupun begitu kod ini hanya terpakai untuk pengiklanan produk secara amnya dan tidak mengawal iklan politik.
Namun begitu iklan itu menjejaskan integriti bebas dan adil dalam media.Sebagai contoh, perbelanjaan pengiklanan hendaklah terhad kepada jumlah yang tertentu. Jika tidak ada had maka ia akan memberi kelebihan kepada pihak yang mempunyai dana besar...
Media sebelum ini melaporkan BN dan Pejabat Perdana Menteri telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM73 juta pada bulan lepas untuk pengiklanan, langkah untuk mempertahankan Putrajaya dan yang termahal pernah dibelanjakan dalam sejarah pilihan raya Malaysia.
No comments:
Post a Comment