
Kehadiran zul kolom akan ditolak pengundi Shah Alam kerana tidak mewakili nilai masyarakat kawasan tersebut. ini selepas pengumuman Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak kelmarin untuk meletak ahli politik ultra Melayu, kolom dibawah tiket gabungan tersebut pada pilihan raya 5 Mei depan.
Terpulang kepada pemimpin BN untuk memilih calon yang terbaik ... Malangnya, mereka merasakan bahawa kolom adalah calon yang terbaik. Mereka mempunyai persepsi yang unik apa yang rakyat Shah Alam mahu..
Kebanyakan orang di Shah Alam adalah lebih matang dan bersederhana, dan zol kolom tidak mewakili nilai-nilai yang mereka pegang.
BN di kritik kerana meletak calon bebas dan bukannya wakil daripada Umno, dimana ia isyarat jelas BN tidak mempercayai Umno Shah Alam.
Calon Umno Datuk Abdul Aziz Shamsuddin tewas kepada Khalid pada tahun 2008 dengan majoriti 9,314.
Sebelum itu, pada tahun 2004 Abdul Aziz menewaskan dengan majoriti 13,410.
Kemasukan kolom (gambar) ke dalam BN bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan laporan sebelum ini mengatakan beliau telah berkempen di kerusi bandar tersebut sejak beberapa bulan lalu.
Dalam kempennya, Zol kolom menuduh Pakatan Rakyat (PR) sebagai sebuah gabungan anti-Islam kerana membenarkan bukan Muslim untuk menggunakan kalimah suci "Allah" bagi merujuk kepada tuhan mereka. Kebanyakkan penganut Muslim di Malaysia mempercayai perkataan arab tersebut hanya ekslusif untuk mereka sahaja.
Sejak 2008, perubahan sokongan di kalangan penduduk Melayu Shah Alam terhadap PR terutamanya tentang pandangan gabungan pembangkang dalam beberapa isu kontroversi termasuk Kristian yang menuntut hak penggunaan kalimah "Allah" bagi merujuk tuhan mereka dimana kebanyakkan rakyat Malaysia mempercayai ia ekslusif untuk masyarakat Muslim...
Zul kolom juga sering menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai agama dan bangsa dengan kenyataan -kenyataan menyingung yang direkodkan dalam video serta tersebar luar.
Beliau juga mempertikaikan kesucian Sungai Ganges yang juga dikenali sebagai Ganga di India, dimana ia dianggap suci kepada penganut Hindu.
Isu terbaru adalah melibatkan kontroversi yang dilakukan naib presiden Perkasa tersebut yang baru-baru ini melabel masyarakat India sebagai "Keling"
Pengundi Shah Alam terdiri daripada 70 peratus Melayu.
Fokus terarah kepada Selangor, yang dikatakan nadi kepada kepesatan ekonomi dan pentadbiran PR dibawah Menteri Besar (MB) sepenggal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa oleh BN gagal mempamerkan prestasi baik untuk mengekalkan sokongan seperti pada tahun 2008 lalu.
PR selepas pilihan raya umum 2008 mempunyai penguasaan yang ketara keatas negeri terkaya tersebut dan memegang 36 kerusi daripada 56 kerusi dewan undangan negeri serta 17 daripada 22 kerusi parlimen.
Tempoh berkempen secara rasmi Pilihan Raya 2013 bermula pada 20 April dan hari mengundi jatuh pada 5 Mei.
penyapu sial
pengundi shah alam pasti akan membuat zul terkolom buahnya sendiri...kah kah kah...!!!
No comments:
Post a Comment