
Proses pilihan raya kali ini penuh dengan penipuan dan kita mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Ini kerana keputusan pilihan raya kali ini masih lagi diragui dan persoalkan.
Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan 89 kerusi Parlimen berjaya diperoleh Pakatan Rakyat (PR), dimana DAP mendapat kerusi terbanyak dengan 39 kerusi, PKR pula 30 kerusi dan PAS sebanyak 21 kerusi.
Sebelum ini ketua umum PKR , Datuk Seri Anwar ibrahim telah menyatakan hasratnya untuk bersara selepas pilihan raya kali ini tetapi masih belum membuat keputusan secara rasmi setelah melihat kepada kepincangan pilihanraya di di kendalikan oleh SPR yang mana berat sebelah dan penuh penipuan.
Oleh kerana itu beliau memerlukan sokongan orang ramai untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN yang baru dipilih di sebabkan pilihan raya kali ini adalah “penipuan yang paling teruk dalam sejarah” bagi mengekalkan penguasaan kerajaan tersebut di pusat.
Pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 juga berkata mereka tidak akan mengiktiraf kerajaan BN sehingga selesai laporan penipuan undi.
BN memenangi pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti yang lebih kecil, kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada PR, selain gagal merampas Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri yang paling kaya dan maju di Malaysia.
BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PR pula memenangi 89 kerusi, ia juga menunjukkan penambahan ketara bilangan kerusi negeri daripada 197 pada 2008 kepada 230 selepas berakhir pilihan raya semalam.
BN tewas teruk di kebanyakkan kawasan bandar-bandar utama dari George Town, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar-bandar besar di Johor, dimana ia bukti golongan kelas pertengahan dan bandar merupakan kumpulan yang prihatin dengan isu-isu seperti rasuah, kos saran hidup naik dan jenayah.
No comments:
Post a Comment