fitnah2 yang di lemparkan kepada pakatan rakyat yang BN jilat balik

Muhyiddin: Pas parti ajaran sesat bawa fatwa songsang
6 April 2013

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno hari ini melabelkan Parti Pas sebagai Parti Ajaran Sesat berikutan kenyataan kontroversi Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang disifatkannya sebagai fatwa
songsang yang boleh mengelirukan rakyat.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau agak kecewa dengan kenyataan songsang itu kerana Nik Abdul Aziz merupakan seorang ulama dan tokoh agama.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan terbaharu Nik Abdul Aziz yang mendakwa solat orang Umno tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.
Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan turun padang ke kawasan Lembah Pantai dan bersarapan pagi di Gerai Singgah Santai, Kondo Rakyat Desa Pantai di sini.
"Nik Aziz bersifat macam Tuhan sedangkan dia kata dia tokoh agama. Dia mengeluarkan fatwa sebegitu menghukum bahawa sembahyang orang Umno tidak dapat pahala kerana katanya Umno menolak Islam, Umno tidak berjuang untuk Islam.
"Ini bukan kali pertama, Pas dan Nik Abdul keluarkan fatwa menghukum Umno. Umno sebagai kafir di dalam Amanat Haji Hadi. Ini sudah terbukti bahawa Pas ialah Parti Ajaran Sesat, dan bukannya Parti Islam SeMalaysia," kata beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Justeru itu, Muhyiddin turut menyeru rakyat agar menolak Pas dan pemimpinnya agar tidak sesat dengan ajaran songsang parti itu.
"Kalau ikut ajaran Pas sebegitu, maka semua akan sesat. Lebih-lebih lagi Nik Aziz menggunakan agama untuk tujuan politik lagi menyesatkan.
"Satu peringatan agar kita menolak Pas dan pemimpin Pas, dan Umno adalah parti yang berjuang untuk Islam sudah lama. Kalau saya nak ceritakan mungkin
pemberita tidak ada muka surat untuk tulis," katanya.
Katanya, dari awal lagi, sejarah Umno menunjukkan perjuangan parti itu untuk menebus kemerdekaan negara, menggubal perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama persekutuan, pembelaan umat Islam, maka jelas terbukti Umno ialah parti yang memperjuangkan Islam sejak dahulu sampai hari ini. - Bernama
Seperti sedia maklum, sebelum ini ramai diantara penyokong BN mahukan PAS bergabung semula dengan BN walaupun kita tahu sudah macam2 fitnah yang lemparkan oleh pemimpin BN dan ini yang terbaru ada pula pemimpin BN yang mahukan DAP pula bergabung dengan BN sedangkan kita tahu mereka juga berkata DAP ini perkauman,komunis,macam2 lg lah,,
Sekarang tengok lah,kesian aku tgok orang2 bawahan BN sebelum ini termakan fitnah dengan fitnah macam2 kepada PAS dan DAP,akhir sekali bila BN sudah kehilangan undi popular mahu tarik pula PAS dan DAP sertai BN,dalam BN ada MCA dan MIC taw,kedua2 parti ini sudah lumpuh dan orang cina sendiri tak undi MCA malahan mengundi Pakatan Rakyat,begitu juga orang india,tidak lagi mengundi MIC dan mengundi Pakatan Rakyat.
Kita rakyat ini duk nak tunjukan kan perkauman duk termakan fitnah pemimpin mengenai DAP dan PAS akhir sekali mereka ajak pula PAS dan DAP serta BN,apa kejadahnya pemimpin tidak tahu malu ni?dari dulu sampai sekarang kita dimomokan kalau DAP menang akan memerintah malaysia,nah pemimpim hangpa pulak ajak DAP sertai BN?
Sia2 lah hangpa nak gunakan isu perkauman bila kami dah kuat hangpa nak kami sertai hangpa?bila kami lemah hangpa fitnah kami macam2,walaupun kami kalah PRU13 ni tapi kena ingat undi popular kepada kami Pakatan Rakyat dan kita ada banyak bukti pasal penipuan SPR serta BN tunggu sahaja bila dedahkan nanti
Kita ada membaca kenyataan bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai Barisan Nasional (BN) untuk menguatkan kerajaan BN. Kita bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin UMNO yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?
Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini? Bukankah DAP yang dituduh sedang berusaha menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian dan berusaha menggadaikan kalimah Allah? Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN?
Inilah bukti jelas menunjukkan bahawa BN sedar mereka semakin dipinggirkan rakyat. Politik perkauman dan penindasan yang diamalkan semakin ditolak sehingga menyebabkan mereka terpaksa mencari dahan baru untuk berpaut. Dalam tidak sedar, sebenarnya bukan dahan baru yang perlu dicari, bahkan pohon tua bernama BN itu perlu ditebang terus!
Daripada DAP masuk BN, lebih baik UMNO di kuburkan terus bersama BN . Sedarlah, ideologi perjuangan UMNO hari ini sudah ketinggalan zaman, di Semenanjung Malaysia yang agak maju dari sudut teknologi dan pendedahan maklumat, mereka telah ditolak dan Pakatan Rakyat yang telah menang! Sudah sampai masanya BN dan UMNO bermuhasabah, jika tidak akan sampai masanya mereka dibuang terus dari pentas politik negara, pada masa itu tiada yang akan sudi menerima, jatuh di tanah ayam tidak patuk itik tidak sudu!
penyapu sial

No comments:
Post a Comment