Pengundi-pengundi di Parlimen Gelang Patah digesa berfikir sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk mengundi BN walaupun mereka bukan penyokong Pakatan Rakyat
Dakwaan,fitnah ,janji janji meraban dan tuduhan tuduhan liar yang dikemukakan BN seharusnya tidak mempengaruhi pengundi dan mereka perlu menilai logik cakap cakap liar BN sebelum membuat keputusan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei depan.
Kalau tidak sokong PR pun tak mengapa, tapi nak mengundi BN sila berfikir dahulu 100 kali .ingat mengundi boleh tapi asal bukan cap dacing .
Kita juga meminta pengundi tidak terburu-buru membuat keputusan dengan mengenepikan emosi dan tidak termakan dengan tohmahan BN yang memainkan isu perkauman ,tuduhan liar , fitnah ,video lucah serta berbagai provokasi .
Kita minta pengundi bertenang dan berfikir jangan terburu-buru dengan emosi yang di tiup oleh BN. Jauhkan termakan tohmahan melampau BN.
Dalam masa satu, dua hari ni, rakyat dapat mempertimbangkan masa depan negara yang harmoni dan makmur yang bebas dari gejala rasuah dan penyelewengan .
BN cuba merosakkan asas pembentukan negara melalui perpecahan dalam kalangan rakyat dengan meniup sentimen perkauman dan agama .
BN bukan sahaja membawa dakwaan dalam bentuk rasa, dan sentimen, tetapi juga kepada paras benci dan marah, membawa pertentangan dan perpecahan kepada pengundi Johor yang jelasnya bertentangan dengan “cara besederhana rakyat Johor.
Cara yang boleh kita katakan melampau. Kita menolak sekeras-kerasnya budaya kebencian, perpecahan yang cuba di kekalkan di Johor oleh BN.
No comments:
Post a Comment