06 May 2013

penipuan menjadi jadi ...SPR halalkan curi hak rakyat untuk mengundi dan memenangkan BN menang secara haram....!!!!

penipuan menjadi jadi

 

Beberapa pengundi di Kulai dan Klang telah mendakwa bahawa mereka tidak boleh mengundi kerana orang lain telah mengundi atas nama mereka.

Mereka akan membuat aduan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Di Kulai, Chua Siew Pin, 42, tiba di pusat mengundi di SJK (C) Batu kira-kira jam 10 pagi dan mendapati namanya telah digunakan.

"Saya menunggu ejen parti-parti politik untuk membantu saya. Saya akan memperjuangkan hak saya," katanya ketika dihubungi.

Beliau mendakwa pegawai SPR kemudian mengisi Borang 10 untuk menentukan identitinya, tetapi beliau bertegas supaya digunakan Borang 11 - borang deklarasi untuk membolehkannya mengundi sekiranya berlaku pertikaian.

"Saya masih menunggu keputusannya," katanya.

Calon DAP di Kulai, Teo Nie Ching berkata beliau telah menerima lima hingga enam aduan yang sama dan pengundi terbabit sedang menunggu beliau di pusat perkhidmatannya.

Teo, penyandang kerusi Parlimen Serdang, kata Liew Ah Moy (kanan) pergi ke SMK Kulai Besar pada jam 10.30 pagi, tetapi pegawai SPR memberitahunya yang dia 'telah mengundi'.

"Apabila saya memeriksa jari Liew, tidak ada tanda dakwat kekal," tulis Teo dalam tweetnya.

Di Klang, PKR, Dr Xavier Jeyakumar menulis dalam tweetnya bahawa dua pengundi membantah kerana orang lain telah mengundi menggunakan nama mereka.

"Gunakan Borang 11 dan benarkan pengundi tulen untuk mengundi," katanya menulis sebarang tweet.

 

 

penyapu sial

 

 

Semua orang dah duga, masalah ini akan timbul! SPR....nak jawab apa sekarang?...nampaknya daftar pengundi memang x bersih...so dah sah dah ada orang lain ( bangla kot ) mengundi untuk mereka ini ,.

Mcm sial keje korang buat...Dah la dakwat pon mcm dakwat stamp pad...Menjahanamkan duit rakyat jerrr...Korang ingat korang bole tlepas mcm tue jerrr kerrr...

Agen SPR dah halalkan undi hantu untuk bantu lembu umno yang kian tenat.

No comments:

Post a Comment