Menteri samseng Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi semalam memberi amaran kepada portal berita Malaysiakini supaya lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan berita.
Beliau berkata portal berita itu perlu berpegang kepada etika kewartawanan tanpa memutarbelitkan berita atau kenyataan asal menjadi kontroversi.
“Anda (wartawan Malaysiakini) selalu putar belitkan kenyataan, selalu sangat. Perkara yang tak ada anda buat ada, anda tulis elok-elok.
“Saya pantau setiap perkataan, ayat, perenggan, setiap berita di Malaysiakini. Anda jangan main api dengan saya. Anda selalu putar belit.
“Tolong cuba menulis mengikut etika kewartawanan okay?,” katanya kepada wartawan portal itu pada sidang media sempena hari pertama beliau bertugas di kementerian itu, di sini hari ini.
Ahmad Zahid juga menegaskan beliau tidak akan memohon maaf kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berhubung kenyataannya menggesa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya di Malaysia supaya berhijrah ke negara di mana mereka boleh mempraktikkan kepercayaan politik mereka, yang menurutnya telah disalah tafsir.
“Dia (Lim) yang patut minta maaf kepada saya, sebab salah tafsir kenyataan saya. Bukan saya minta maaf kepadanya,” katanya dengan nada serius. — Bernama
penyapu sial
zahid ...zahid.....utusan tulis berita tu ikut etika kewartawanan ke...cakap ikut sedap mulut ajer...kuman seberang laut nampak bapak gajah depan mata pun buat buat tak nampak...jenis manusia gila kuasa awak ni...baru pegang jawatan menteri dalam negeri dah sibuk nak mengugut orang lain...jaga mulut anda...nanti jangan sampai rakyat cilikan mulut anda...
No comments:
Post a Comment