
Kerajaan BN nampaknya semakin berhadapan dengan kemarahan rakyat jika janji untuk turunkan harga kereta tidak ditunaikan selepas mereka menang Pilihanraya Umum yang lalu. Selaras dengan motto kelentong 300 %"Janji Di Tepati" yang dilaung-laungkan menjelang PRU-13 itu, Kerajaan telah berjanji menurunkan harga kereta antara 20 peratus dan 30 peratus.
Namun, melihat kepada kenyataan yang dibuat oleh JF Apex Securities bahawa kerajaan mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk menurunkan harga kereta memandangkan langkah itu boleh menjejaskan penguasaan pasaran Proton.
Firma penyelidikan itu berkata kajian daya maju perlu dilakukan untuk melihat impak keseluruhan bagi mengelak gangguan ke atas ekosistem automotif negara. "Kami tidak menjangkakan perubahan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, sementara menunggu perkembangan terkini semakan ke atas Dasar Automotif Negara," kata JF Apex. Malah, JF Apex juga berkata pasaran kereta terpakai akan teruk terjejas jika harga kereta dikurangkan antara 20 peratus dan 30 peratus menerusi pengurangan duti eksais antara 75 peratus dan 105 peratus, yang menyumbang kepada sebahagian besar harga kereta.
Jika ini keadaannya, maka sudah pasti rakyat akan tertipu lagi kali ini....!!!!
No comments:
Post a Comment