ini dia tuhan orang melayu yang bebal sokmo....!!!
UMNO bersikap terlalu angkuh sehingga menganggap partinya begitu penting dan tempat bergantung bagi semua rakyat, terutama orang Melayu.
Seolah-olah UMNO itu seperti “tuhan” yang menganggap dia pemberi rezeki kepada orang Melayu dan seolah-olah tanpa UMNO orang akan mati.
Buka setakat itu, malah seolah-olah tanpa UMNO, Raja Melayu akan hilang kuasa dan pupus dan agama Islam di negara ini akan terancam.
UMNO juga menunjukkan keangkuhan menerusi media kawalan mereka membuka pekung sikap hipokrit dan pembohongan terhadap gagasan 1Malaysia tajaan Perdana Menteri, Najib Razak sendiri.
Setiap rakyat Malaysia bekerja keras demi meneruskan kehidupan, bagaimanapun, sikap bongkak UMNO menggambarkan kepada rakyat betapa kejinya permainan politik mereka berhadapan sindrom penafian akibat ditolak majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.
Kenyataan itu adalah rentetan polemik “Apa lagi Cina mahu” yang dimainkan Utusan Malaysia sehingga saat ini seolah-olah ingin memberitahu rakyat Malaysia bahawa apa yang diperoleh Cina adalah hasil pemberian dan ehsan UMNO.
“Bayangkan jika demikian sikap UMNO kepada bangsa Cina, bagaimana pula sikap mereka kepada bangsa sendiri (Melayu)?
Najib adalah hipokrit terulung daripada UMNO. Apa jadi dengan konsep 1Malaysia? Suatu impian sebuah negara yang inklusif iaitu semua bangsa sebagai stakeholders yang sama taraf dalam sebuah negara hancur berkecai.
BN mendapat 133 kerusi Parlimen tetapi kalah dalam undi popular. Ia disalahkan pula kepada “Tsunami Cina”. Adakah ini langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu daripada Melayu lain?
No comments:
Post a Comment