Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi hari ini mengatakan polis tidak terlibat dalam kes tembakan Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan.
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, beliau akan memastikan polis akan mempercepatkan penyiasatan kes itu dan menahan mereka yang terlibat.
"Saya sendiri mengenali beliau dan saya pasti tiada polis yang terlibat dalam kejadian," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa di Penjara Sungai Buloh.
Semalam, Sri Sanjeevan, 29, cedera diperut akibat ditembak seorang pembonceng motosikal apabila mangsa yang memandu kereta jenis BMW menurunkan cermin kereta untuk merokok.
Kejadian itu berlaku pada 4.30 petang di satu persimpangan berdekatan Taman Awana Indah di Jempol, Negri Sembilan.
Sebelum insiden itu, Sri Sanjeevan menghantar tweet di @SanjeevanSS: "A @PDRMsia cop told some syndicate fellow that he’ll get them firearm & told them to fire few shots at my house to scare me/family!".
(Seorang anggota polis memberitahu beberapa anggota sindiket bahawa dia akan mendapatkan senjata api buat mereka dan menyuruh mereka melepaskan beberapa tembakan di rumah saya bagi menakutkan saya/keluarga).
penyapu sial
pecah rekod kalau perompak dan pencuri dengan ikhlas mengaku yang dia buat kerja keji macam tu...mana ada mau mengaku ....ini budaya orang UMNO-BN....budaya baling tangan sembunyi batu.....kalau boleh orang lain nak di kambing hitamkan...!!!!
No comments:
Post a Comment