Penjelasan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung peningkatan penjenayah sehingga 260,000 orang akibat pemansuhan Ordinan Darurat (EO) pada 2011 adalah akibat Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlalu menumpukan usaha mengintip pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan bukan mencegah jenayah..
Ahmad Zahid bersikap tidak adil dengan mempersoalkan kegagalan PDRM dalam mengawal jenayah namun membiarkan pasukan itu menjadikan fokus utama tugasan mereka untuk mengintip pemimpin PR.
Orang ramai menggesa Menteri Dalam Negeri itu menambah bilangan anggota polis dalam memerangi jenayah dan membuat rondaan kepada 50 peratus kekuatan sedia ada atau 56,000 anggota supaya jumlah itu memadai bagi membanteras jenayah yang makin berleluasa kini.
Oleh itu, rakyat Malaysia meminta PDRM segera menambah kemudahan dan anggota apabila hanya 9 peratus daripada 112,583 anggota polis yang dikerah untuk mengawal jenayah.
Jika perkiraan Ahmad Zahid benar apabila 260,000 penjenayah bermaharajalela di jalanan, kewujudan semula EO bukan satu langkah bijak sehingga pasukan keselamatan lain serta anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Beersatu (PBB) perlu dikerah bagi menyelesaikan masalah jenayah dalam negara.
Ahmad Zahid dalam satu wawancara bersama Minguan Malaysia semalam mendedahkan berdasarkan perkiraan PDRM terdapat kira-kira 266,000 penjenayah yang bermaharajalela di dalam negara berikutan pemansuhan Akta Ordinan Darurat (EO) pada 2011.
Katanya, angka itu diperoleh berdasarkan 2,600 suspek yang dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam yang berhubung dengan 10 orang kanan mereka yang menjadikan jumlah 26,000 dan mengukuhkan lagi pengaruh mereka apabila bertemu dengan 10 pemimpin kanan lain yang menjadikan jumlah keseluruhan seramai 260,000 orang.
Beliau menjelaskan secara holistik, statistik jenayah menurun tetapi terdapat peningkatan jenayah berat atau dipanggil jenayah indeks selain jumlah anggota polis dan aset yang mesti ditambah namun belum dapat dilaksanakan.
Slm
ReplyDeleteD mata zahid 'penumbuk' hamidi pembangkang adalah pnjenayah .. Akta perhimpunan hrm, akta sedition, akta altatunya mongolia
D mata mydin yasin pmbgnkg adalah jenayah... Akta ajaran sesat, akta rampasan kuasa, akta unity government