
najib dan rosmah tuduh arwah altantuya bunuh diri guna C4...!!!!
Sedari dari awal lagi kes pembunuhan Altantuya menyaksikan perbicaraan melibatkan Azilah dan Sirul ditangguh dan ditangguh sehingga selepas pilihan raya untuk memberi laluan Barisan Nasional menang PRU tersebut.
Kemenangan ini membolehkan kedua-dua ‘kambing hitam’ ini dibebaskan.Perihal ini sudah disebut dan kita sudah menjangka keputusan mahkamah Rayuan yang membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Apabila BN kekal, rakyat bukan sahaja tidak mengetahui apakah motif pembunuhan dan siapa yang arah pembunuhan Altantuya, malah pembunuhnya juga dibebaskan.
Dalam kes yang berprofil tinggi, walaupun sudah mengaku melakukan pembunuhan malah menyebut diri sebagai ‘kambing hitam’ kerana menjadi pembunuh upahan, namun akhirnya dibebaskan.
Apakah ia satu keputusan menang-menang demi saling melindungi? Lihatlah bagaimana keadilan tidak berada di tempatnya, tetapi berada di tangan pemerintah yang lagi zalim dan bertambah samseng.
Keputusan ini juga seharusnya memberikan ‘motivasi’ besar kepada pihak tertentu untuk terus menjalankan kerja ‘black-ops’ dengan jaminan dibebas sekiranya tertangkap dan dibicarakan.
Pihak tertentu termasuk yang melibatkan anggota polis yang menjilat buntot orang atasan mampu berbuat apa sahaja kerja jahat, pasti akhirnya terlepas hukuman dan dibebaskan. Maka tidak hairanlah jika selepas ini lebih banyak kes pembunuh upahan terlepas begitu sahaja. Konspirasi akhirnya berjaya apabila si pembunuh, individu yang mengarah pembunuhan, orang tengah, semuanya selamat. Rekod imigresen Altantuya terus hilang, bersama rekod bahan letupan yang diseludup keluar.
Pendedahan mengenai kematian tragis Altantuya telah banyak di dedahkan oleh pelbagai pihak termasuk pihak lain khususnya apabila melibatkan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene.
Negara hari ini menjadi tempat pihak berkuasa bersarkas apabila membayangkan ‘sebenarnya’ Altantuya membunuh dirinya sendiri, kemudian bangun dan meletupkan pula dirinya menggunakan bom C4 demi menghilangkan bukti.
penyapu sial
Di benua kita ni tak ada yg mustahil. Kucing boleh beranak Lembu, puteri Permata boleh beranak mutiara,kayu boleh bertukar jadi besi. Apa nak dihairankan? Apa pun,ada jembalang tak lena tidur menunggu giliran. Fikir2kan lah...
Nampaknya Malaysia adalah satu2nya nagara paling ajaib didonia.Rakyat mati kena bunuh tapi tak ada pembunuh,mcm kes beng hok mati sebab tingkap tolak mendiang tu,tahanan mati dalam penjara polis pun tak da di dakwa jadi pembunuh.Ajaib,ajaib sungguh nagara kita malaysia tercinta nie
No comments:
Post a Comment