krisis kredibiliti...UMNO terlibat dengan amalan budaya porno dan aksi lucah di khalayah ramai....rakyat makin menyampah...!!!!
Rakyat sememangnya sudah lama muak dengan Umno.ini kerana Umno sedang berhadapan krisis kredibiliti yang serius.
Umno hari ini ada masalah kewibawaan yang sangat terukUmno perlu menampilkan bukan sahaja pemimpin parti, tetapi juga dasar yang di bawa mereka untuk bertanding dalam pemilihan Umno yang dijadualkan penghujung tahun ini.
Mereka bertanding atas dasar apa, apa agenda mereka?Oleh sebab Umno tidak menunaikan janji pada Pilihan Raya 2013, sekaligus menjadikan rakyat muak dengan parti Melayu itu.
Penyokong Umno curiga dengan kewibawaan pemimpin dan dasar Umno ... kalau Umno nak kuat sebagai parti induk pemerintahan negara, kembalikan kewibawaan, dan tunjukkan kewibawaan yang lebih tinggi untuk diyakini dan perlu buktikan parti itu berwibawa.
Umno buat pertama kalinya akan mengadakan pemilihan berdasarkan format berbeza berbanding sebelum ini, yang menyaksikan 150,000 ahli parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) itu akan mengundi memilih kepimpinan parti
No comments:
Post a Comment