Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyiasat dakwaan mengatakan Barisan Nasional (BN) melanggar peraturan pilihan raya kecil oleh PAS di Sungai Limau hari ini.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) berkata, akan menyemak dengan pihak SPR Kedah mengenai perkara tersebut bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
"Saya akan tanya pihak SPR negeri dan minta mereka memberikan penjelasan," kata Abdul Aziz
Menurut Abdul Aziz, pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai perkara tersebut, bagaimanapun menegaskan pihaknya ada menerima laporan PAS yang melanggar peraturan pilihan raya semasa hari penamaan calon lalu.
"Setakat laporan yang kami terima, PAS telah melanggar peraturan semasa penamaan calon.
"Mereka bersyarah menggunakan pembesar suara di hadapan dewan sehingga mengganggu petugas SPR menjalankan kerja," katanya.
Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar hari ini menuduh BN melanggar peraturan pilihan raya apabila menggunakan poster gambar Menteri Besar Datuk Mukhriz Mahathir sebagai bahan kempen di Sungai Limau.
"Adakah BN menghantar dua orang calon sebab saya tengok ada dua poster calon N20, Dr Sohaimi dan Datuk Mukhriz.
"Kain rentang dan poster yang diletak menunjukkan seolah-olah calon adalah Mukhriz," kata Naib Presiden PAS itu yang mempersoalkan corak berkempen sedemikian oleh pemimpin BN.
Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut menuduh BN cuba mengelirukan pengundi Sungai Limau apabila meletakkan poster sedemikian.
"Saya tak tahu jika ia bertujuan untuk mengelirukan pengundi.
"Jadi, mereka gunakan populariti Mukhriz," katanya.
PRK Dun Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Razak setelah lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan serius.
Azizan menyandang kerusi DUN itu selama lima penggal dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, beliau mengalahkan sepupunya, Fazillah Mohd Ali daripada BN dengan majoriti sebanyak 2,774 undi
penyapu sial
TAK SAH JADI UMNO KALAU TAK KELIRU DAN TAK TIPU. MESTI SPR BELAJAR DGN UMNO ATAU PUN UMNO BELAJAR DGN SPR BAB KELIRU MENGELIRU DEPA ANJING ANJING BAJINGAN INI MEMANG TERER
Yang AKU masih keliru kenapa pengerusi ini masih belum diganti....anjing nie dah expired...otak dia dah berkuman...tu pasal cakap dia macam orang sasau...kah kah kah
No comments:
Post a Comment