kuncu kuncu porno BN yang mewakili 2 kerajaan membelasah teruk PAS dan PR tapi akhirnya jadi pondan di pilihanraya DUN Sungai Limau
Segala jenis taktik ,wang dan jentera kerajaan di gunakan gagal menghasilkan kemenangan yang akhirnya maruah hanya mampu di baluti dengan bendera dacing yang dah mereput...tahniah BN...anda telah di bogelkan oleh penduduk sg limau...nasib baik ada bendera haprak tu...kalau tak mana nak sorok tubuh badan yang berdanau dengan segala jenis kurap dan panau!!!
Kita menyifatkan kemenangan PAS di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau amat manis kerana berjaya menewaskan dua kerajaan yang bergabung menentang mereka.
Kita berdepan dengan dua kerajaan dalam pilihan raya ini, kerajaan negeri Kedah dan kerajaan pusat dan kita menang..
Calon PAS Mohd Azam Abdul Samad menewaskan calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dengan majoriti 1,084 malam tadi.
Walaupun majoriti PAS berkurangan namun kegembiraan jelas terbayang di wajah hampir 10,000 penyokong PAS yang berkumpul di sebelah bendang padi itu.
Mereka diarahkan berkumpul di situ sebaik sahaja berita PAS menang tersebar, manakala mereka yang mempunyai pas masuk pergi ke pusat penjumlahan undi untuk mendengar keputusan rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya SPR
Mereka bawa segala macam ke sini, itik dan juga lembu, tetapi PAS tetap menang, walaupun pelbagai pemberian BN kepada penduduk Sungai Limau di taburkan.
Di Bukit Besar, kubu kuat PAS, gula hanya dijual RM1 sekilo dalam karnival anjuran BN walaupun harga gula kini ialah RM2.85 selepas kerajaan menghentikan subsidi gula sebanyak 34 sen dalam bajet baru-baru ini.
Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar yang juga pengarah pilihan raya ini mungkin antara orang yang paling gembira dengan kemenangan ini.
Ini kerana, pilihan raya ini adalah ujian pertama kepada kepimpinannya selaku Pesuruhjaya PAS Kedah selepas mengambil alihnya daripada allahyarham Tan Sri Azizan Razak selepas pilihan raya umum lalu.
"Saya sangat bimbang kerana ini adalah cabaran kepada saya selaku pesuruhjaya PAS Kedah untuk memimpin pilihan raya kecil ini kerana kita berhadapan dengan dua kerajaan," kata Mahfuz.
Kekurangan majoriti yang diperolehi oleh PAS adalah kerana kira-kira 1,000 penyokong PAS di luar kawasan tidak boleh pulang untuk mengundi kerana pilihan raya ini diadakan pada hari bekerja iaitu Isnin.
Jika mereka dapat balik, kita yakin jumlah majoriti PAS akan sama seperti pilihan raya umum lalu..
Allahyarham Azizan menang dengan majoriti 2,774 undi dalam pilihan raya umum ke-13, Mei lalu.
Sementara itu, Azam ketika memberikan ucapan pertamanya berkata, kemenangan ini menambahkan keyakinan bahawa PAS mesti terus memperjuangkan mesej Islam yang dibawanya
No comments:
Post a Comment