kita menyifatkan kesuburan demokrasi lebih menjadi amalan PAS berbanding Umno meskipun kedua-dua parti politik berteraskan Melayu itu memilih untuk mengekalkan penyandang kerusi Presiden mereka.
Perbezaan wujud apabila jawatan presiden dan timbalan presiden tidak ditentukan akar umbi, sebaliknya oleh anggota Majlis Tertinggi.
Bagi PAS hanya jawatan presiden tidak dicabar, Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden. Jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu mungkin menyaksikan pertandingan..
Untuk rekod, lima telah dicalonkan bertanding dalam pemilihan PAS, iaitu Mohamad; dua Naib Presiden Husam Musa dan Salahuddin Ayub; serta Ketua Penerangan PAS Pusat Tuan Ibrahim Tuan Man dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Mohd Amar Nik Abdullah.
Setakat ini Husam, Tuan Ibrahim dan Mohd Amar belum memberi kata putus..
Pertembungangan antara Mohamad yang dikenali Mat Sabu dengan Mohd Amar pada 22 hingga 24 November nanti bakal menyaksikan pertembungan kumpulan ulama dan bukan ulama.
Sekiranya berlaku, ia sangat menarik. Ia akan mengulang tayang pemilihan 2011, tetapi dengan satu perbezaan.
Perbezaan PAS dengan Umno jelasnya adalah Umno menjadi parti memenangi kerusi terbanyak dalam Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya 2013 (PRU13) berbanding PAS yang menjadi parti paling lemah dalam Pakatan Rakyat (PR).
Jadi tidak hairanlah jika PAS mahu mengkaji semula hubungan dalam PR..Pemilihan PAS dijangka berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam penghujung November.
Realiti paling getir yang terpaksa dihadapi dan diakui kepimpinan PAS ketika muktamar adalah prestasi buruk parti itu dalam PRU13..
penyapu sial
Penyakit UMNO tidak terhad kepada parti tetapi merebak ke Barisan Nasional dan tidak lama lagi seluruh negara. Itulah sebabnya kita perlu kepada perubahan. ABU.
oleh kerana UMNO tidak mempunyai rasa bersalah mengenai memanipulasi pilihan raya umum yang lalu maka mudah lah ia melakukan perkara yang sama dalam pilihan raya UMNO..
Demokrasi dan UMNO tidak boleh digunakan dalam ayat yang sama!
No comments:
Post a Comment