
BODEK MAUT SHAHIDAN KASSIM....PATUT LAH SOKONG SEGALA AKTIVITI HARAM BINI NAJIB.....BAZIR DUIT RAKYAT TAK PE YA....KAH KAH KAH
Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) mempertahankan lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke luar negara baru-baru ini serta menegaskan rakyat patut berbangga atas jemputan tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut berkata, lawatan itu adalah jemputan rasmi dan isteri Perdana Menteri telah menjalankan tanggungjawabnya sepanjang lawatan tersebut.
"Kita patut berbangga kerana sebuah kerajaan menjemput isteri Perdana Menteri, rakyat Malaysia patut berbangga.
"Lawatan tersebut bukan seronok-seronok, tetapi beliau telah menjalankan tanggungjawabnya," kata Shahidan dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Shahidan menegaskan proses meluluskan lawatan tersebut telah dijalankan secara telus dan dibawa ke kabinet untuk dibincangkan terlebih dahulu.
"Ia telah dilakukan secara telus, dipohon kepada kabinet dan kemudiaannya diluluskan," katanya lagi.
Apabila ditanya sama ada lawatan tersebut menguntungkan dan memberi manfaat kepada negara, Shahidan berkata hasil lawatan tersebut akan didedahkan kepada umum selepas ini.
"Apa yang saya boleh katakan ialah lawatan ini menguntungkan dan sangat positif.
"Tentang hasil daripada lawatan tersebut, saya akan bentangkan kemudian," katanya lagi.
penyapu sial
penyamun tentu bela perompak sekapal...tak kan semua orang tak tau...nak bela tu berpada pada lah...duit rakyat yang jadi mangsa bukan duit kamu....kah kah kah
Lawatan atas jemputan memang bagus tapi kos perbelanjaan lawatan tu jangan membazir dan hasil lawatan mesti ada nilai dan kesan baik utk negara. Itu yg dipertikaikan oleh rakyat. Jgn kerana isteri PM pergi atas jemputan peribadi dianggap sebgai urusan kerajaan dan guna wang rakyat secara rakus dan membazir.
No comments:
Post a Comment