
Kemungkinan harga tambang pengangkutan awam naik tahun depan mengesahkan dakwaannya bahawa 2014 bakal dikenang sebagai "tahun barang naik".
BN sememangnya merancang menaikan harga perkhidmatan dan barang keperluan sepanjang 2014, sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015.
BN tahu bahawa GST akan melonjakkan inflasi dan kenaikan harga sukar dibuat selepas itu memandangkan pilihan raya umum perlu diadakan sekitar 2017-18.
Pengumuman berturut-turut melibatkan kenaikan harga petrol/diesel, harga gula dan harga elektrik mengesahkan bahawa akan ada lagi kenaikan lain yang bakal diumumkan
Jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat semalam berkata, badan itu akan mengkaji terlebih dahulu sebelum memberi kelulusan kepada operator perkhidmatan awam untuk menaikkan harga tambang, susulan kenaikan tarif elektrik.
Katanya, kemungkinan ada kenaikan tahun depan tetapi kuantumnya masih belum ditetapkan kerana perbincangan dengan semua pengendali dan kajian terperinci perlu dibuat terlebih dahulu.
Kenaikan itu bakal memberi kesan berganda kepada harga barang-barang yang lain, mempengaruhi inflasi dan menyebabkan kenaikan harga secara keseluruhan.
Walaupun kerajaan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sehingga RM7 bilion bagi membantu rakyat berpendapatan rendah, ia tidak dapat membantu rakyat.
Jadi kita menggesa kerajaan membuat akujanji dengan rakyat untuk tidak menaikkan tambang pengangkutan awam sehingga 2017 ..
No comments:
Post a Comment