
tak suka boleh keluar negara atau ke penjara....moto baru BN untuk rakyat yang menentangnya !!!
Keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu menjadikan Malaysia lebih tidak demokratik . Ini berikutan tindakan Barisan Nasional (BN) mewujudkan lebih banyak undang-undang mengetatkan aktiviti politik di negara ini.
Umno menggunakan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) untuk menghasilkan polarisasi kaum apabila melancarkan serangan ke atas DAP dan masyarakat Cina.
Jika golongan elit Umno menunjukkan kemarahan mereka selepas Pilihan Raya Umum ke-12, mereka semakin berpadu dan lebih tegas lagi selepas PRU13.
Syak wasangka ke atas orang Cina yang dipamerkan semasa kempen ditambah lagi dengan kawalan ke atas pembangkang dan penganjur program diketatkan lagi.
Bukannya memajukan lagi sistem politik, PRU13 memundurkannya ke belakang.
Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh berbanding Pilihan Raya Umum 2008. Pakatan Rakyat (PR) memenangi baki 89 kerusi lagi di Parlimen.
Selepas pilihan raya Putrajaya memperkenalkan semula undang-undang pencegahan, memundurkan budaya toleransi apabila mendakwa penganjur Black 505 di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012, yang disebut oleh Putrajaya sebagai undang-undang yang membenarkan perbezaan pendapat dinyatakan di khalayak ramai tanpa banyak sekatan.
Antara mereka yang didakwa di bawah akta itu ialah Pengarah Komunikasi PKR yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, yang ditangkap mengikut Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2012 (PAA) kerana gagal memberi notis kepada polis 10 hari sebelum membantu menganjurkan perhimpunan di Kelana Jaya, Selangor.
Selain itu, Penolong Setiausaha Penganjur DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su; setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria dan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin, yang lebih dikenali sebagai blogger 'Chegubard', turut didakwa bagi kesalahan sama selepas menganjurkan perhimpunan itu di Ipoh dan Petaling Jaya.
Empat lagi pemimpin PR di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang juga didakwa.
Masa depan wakil-wakil rakyat ini tergugat jika didapati sabit kesalahan di bawah PAA kerana mereka boleh didenda sehingga RM10,000 dan dengan itu akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
PAA, sekalipun digambarkan sebagai langkah pembaharuan, menjadi satu lagi alat penindasan yang 'kejam'.
Malah Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bekerja rapat dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan ia seolah-olah mengesahkan tanggapan ini dengan mengulas,"Saya mengaku bahawa polis agak sukar dalam menangani isu dan aktiviti yang boleh mencemarkan kedaulatan negara."
Dakwaan Umno bahawa berlaku pengkhianatan dan tsunami Cina dalam PRU13 hanya dakwaan kosong kerana mereka sudah kehilangan undi Cina sejak sekian lama.
Kebanyakan retorik politik Umno sejak 2004 dan strategi PRU13 mengesahkan perkara ini.malah keraguan orang Melayu terhadap 'pengkhianatan Cina' sentiasa dimainkan.
Belum reda PRU13, pemimpin Umno yang baru dipilih berusaha bersungguh-sungguh memecahkan fahaman politik dan bukannya memperkenalkan pembaharuan untuk mendekati semula golongan bukan Melayu dan golongan pertengahan Melayu.
Kita mengingatkan tentang kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu jika penyokong PR tidak berpuas hati dengan sistem first-past-the -post, mereka harus berhijrah ke tempat lain.
Datuk Seri Noh Omar, Timbalan Pengerusi BN Selangor juga berkata, mereka yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya Malaysia harus hidup di dalam hutan.
Kita juga mengingatkan bagaimana sekumpulan NGO Islam ( islam haramjadah ), termasuk Persatuan Pengguna Islam, menuntut masyarakat Melayu memulau syarikat yang dimiliki orang Cina kerana menyokong PR.
Blogger Pro-Umno juga berkempen agar 'beli barangan Melayu pertama' dan 'Beli barangan Cina terakhir.
Walaupun PR membuat strategi yang betul untuk pemilihan, mereka gagal untuk mengatasi tiga halangan utama.Pakatan Rakyat tidak boleh mengatasi tiga halangan terbesar bagi politik pembangkang di Malaysia iaitu undi Sabah dan Sarawak, pengundi Melayu luar bandar dan sistem pilihan raya yang berat sebelah...
No comments:
Post a Comment