14 January 2014

jais kata ok ikut SOP kerajaan selangor ...mais pulak kong kali kong....sape sebenar yang BUGHAH dan BAGHAL sebenarnya...!!!!

 

apa ko pikir kalimah Allah tu melayu UMNO yang punyakah..???...tengok nie ikan pun guna kalimah Allah....!!!

 

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menggunakan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan negeri Selangor untuk operasi dan serbuan mereka, kata Pengarahnya Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Ahmad Zaharin ketika ditemui pemberita menegaskan, Bible berbahasa Melayu dan Iban yang dirampas penguatkuasa agama Selangor itu juga masih berada dalam simpanan mereka.

"Kita akan berterusan gunakan SOP yang ada, kita akan ikut tiada masalah.

"SOP (baru) sebenarnya lebih kurang sama, cuma kita kena maklumkan kepada kerajaan. Itu (untuk operasi) akan datang," katanya selepas upacara mengangkat sumpah sebagai pengarah Jais di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam petang tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, sebagai sebuah agensi di bawah kerajaan Selangor, arahan dan keputusan exco negeri perlu dipatuhinya.

"Kalau exco punya keputusan kita kena ikut. Saya pun bawah kerajaan negeri, jadi kita kena ikut. Prosesnya (siasatan) masih panjang," katanya.

Ahmad Zaharin yang memulakan tugas sebagai pengarah Jais berkuatkuasa 2 Januari lalu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tempoh siasatan berkenaan rampasan bible di pejabat Persatuan Bible Malaysia (PBM), atas alasan ia akan mengganggu proses siasatan.

"Kalau kita bawa ke mahkamah anda akan tahu. Tak bawa pun anda tahu. Perkara itu masih dalam siasatan. Kita tak boleh nak ganggu siasatan.

"Bible itu masih dalam simpanan Jais. (simpan) sehingga tamat siasatan saya tidak boleh jawab. Saya kena tulis surat kepada Kementerian Dalam Negeri seperti diputuskan mesyuarat exco," katanya lagi.

Serbuan Jais terhadap pejabat PBM sebelum ini mencetuskan rasa tidak puas penganut Kristian dan juga beberapa pemimpin politik.

Ekoran perkara itu, SOP dan prosedur Jais seterusnya diubah, dengan memperuntukkan setiap serbuan melibatkan perkara sensitif memerlukan mereka mendapat persetujuan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan juga kerajaan negeri.

Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa bagaimanapun menegaskan Jais tidak terikat dengan SOP baru berkenaan kerana Jais menjalankan siasatan berdasarkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

SOP sebelum ini tidak memperuntukkan pihak berkuasa agama itu memaklumkan serbuan mereka kepada kerajaan negeri.

No comments:

Post a Comment