ini blog aku yang punya...suka hati aku lah apa aku nak kata....maki hamun ke...carut ke...kata nista ....aku punya suka...tak suka....please get out dari sini....ada faham....


saje nak bagi tau....blog ini bukan pro pakatan rakyat...dan jauh panggang dari api....penyokong parti kongkek negara ( BN ) ...dan tiada kena mengena dengan mereka yang dah mampos......muakakakaka!!!
SOKONG HIMPUNAN BLACKOUT 505.......JOM LIKE DI SINI

.

Search This Blog

PENYAPU SIAL

terNOW...!!!!

SPR semakin merapu dengan menghalalkan pengundi hantu....bermakna mengalakkan pilihanraya yang kotor....apakah tindakan anda semua ?

petisyen melalui blog ini : jika perhimpunan aman blackout 505 dan petisyen pilihanraya masih gagal untuk mengalahkan penipuan yang di lakukan oleh SPR dan UMNO - BN...wajar kita sebagai rakyat lancarkan BERSIH 4.0 dan turun ke jalanraya..!!

02 March 2010

Lompat Katak!!!.... Yang sebenarnya.......


Gawat politik hari ini.......semuanya pasal fuluus...ada masyuk maka banyaklah lagi lompatan. Lagi cepat lagi tinggi melompat. Cuma kurang bunyi sebab musim panas tapi herannya bersahutan macam musim hujan pula. Lepas satu, satu yang melompat. Ini adalah kerja orang2 yang terdesak. Membeli orang2 yang tak bermaruah. Guna duit rakyat untuk kepentingan politik yang semakin hancur dan semakin di benci rakyat bahkan dah dipandang rendah oleh seantero dunia. Inilah kerja pemimpin gerombolan sekarang. Mereka akan memerhati dan meneropong setiap ahli Parlimen pakatan rakyat yang bermasaalah dan berhubung dibelakang tabir dengan janji habuan wang ringgit. Juga hal ini diusahakan juga oleh bekas2 pemimpin PKR yang mempunyai hubungan baik dengan ahli2 parlimen ini. Mereka ini saling berhubungan sesama mereka sambil pujuk memujuk dengan habuan yang lumayan dengan perantaraan pemimpin gerobolan yang mereka kenali. Semuanya kerana duit. Telah hilang kewarasan dan sifat bertanggung jawab kepada amanah yang telah diberikan rakyat terbanyak walau pun berkepiah tak lekang dikepala.......berjuang seolah olah hanya Islam lah yang dibela dan akan mempertahankan Islam bermati matian. Tapi oleh kerana memang dah perangai jenis mangkaq kata orang utara berlakun macam mana pun memang jenis mangkaq dan pelaq.

Sebenarnya kerja2 melompat ni telah diketahui umum. Saya selalu membongkarkan perkara tersebut sebelum ini. Perkara ini juga telah saya maklumkan kepada seorang dua pemimpin PKR yang saya kenali. Ahli2 Parlimen Kulim Bandar Baharu, Nibung Tebal dan Bagan Serai.....tambahan pula maklumat ini diperolehi dari seorang kawan yang mempunyai hubungan dengan AP tersebut yang telah membincangkan hal tersebut di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Semuanya beres cuma memntikan habuan sahaja. Lagi cepat dapat lagi cepat sidang media dibuat. Nah akhirnya senuanya menjadi kenyataan. Saya juga bertanya kepada teman2 di Perak berkenaan dengan AP Bagan Serai...jawapannya AP tersebut tidak dapat dihubungi dan memang beliau seorang bermasaalah terutamanya di Cabang Bagan Serai sendiri. aduhaaaai...mungkian jadi lompatlah kalau macam ni!!!!!. Tentang AP Kulim Bandar Baharu pula......dah hilang dikawasan parlimen dah. Tak nampak muka lansung. Mungkin sibuk berkuliah dan berkutbah kot. Katanya pergi Korea pun parti tak suruh. Banyak duit nampak.....banyak orang susah di Kulim Bandar Baharu yang memerlukan bantuan hang oii.... Nasib baik lah ada Ahli Majlis di Parlimen hang yang bekerja. Mengumpul dana seadanya dan menyelesaikan masalah semampu. Harap kat hang,,Hancuqqq. Dengaq kabarnya sidang media lompat melompat Ahli Parlimen Nibung Tebal ni hang yang URUS kan....Betol ke? Hebat hang jadi pengkianat rakyat lanie.....sampai begitu dasyatnya mainan hang.. Hang bila nak lompat lagi?... Lagi cepat lagi bagus..Pimpinan di Kulim Bandar Baharu termasuk rakyatnya dah tak kebuloq kat hang Zul Nordin oiiii...

Khabarnya dari bekas Setiausaha Agong PKR memaklumkan terdapat dalam 10 orang Ahli Parlimen dari PKR yang akan melompat dan keluar dari PKR. Bermakna lagi ramai keluar lagi besarlah dana dan wang rakyat yang akan digunakan. Ini tak termasuk komisyen broker politik yang bekerja siang malam untuk merealisasikan impian mereka dengan habuan yang akan diperolehi jika Ahli Parlimen ini melompat. Tak percaya tanya Zamil Ibrahim bekas ahli PKR yang kerja buatnya adalah perniagaan politik sehingga menjadi kaya raya. Tapi kaya lagi mentornya siraja kotak Ezam Mohd Noor. Mereka ini lah yang berkerja kuat dengan berhubung dengan Ahli2 Parlimen yang sealiran dengan mereka dulu. Sebab itulah sebelum ini terdengar juga ura2 AP Kuantan dan Kapar juga nak melompat...Apa pun kita tunggu adakah berita ini menjadi kenyataan atau tidak tapi bak kata orang politi sekarang masakan pohon bergoyang jika tidak ada berok yang menggoncang.......

Sebenarnya impian mereka ini adalah impian gerombolan.....ingin menjatuhkan kredebiliti Ketua Umum PKR DSAI. Mereka mahukan jumlah ahli Parlimen PKR berkurangan. Dan jika PKR berkurangan ahli parlimennya maka Ketua Pembangkang perlulah diganti dengan Ketua pembangkang yang baru. Dan pastilah diganti dengan Ahli Parlimen dari DAP. Dan makin senang dan mudahlah keja buat mereka di Parlimen kelak dan semakin mudahlah di mainkan isu2 perkauman nanti dalam kempen2 politik mereka terutamanya kepada orang2 Melayu. Pakatan Rakyat juga akan bercelaru dan berantakan. Inilah tujuan sebenar Gerombolan. Mereka tidak sanggup berhadapan dengan hujah2 Ketua Pembangkang di Parlimen.Mereka tidak mahu Pakatan Rakyat kukuh dan bersatu. Jadi mereka sanggup membayar dengan harga yang mahal...tambahan pula ada Ahli2 Parlimen yang memang lapaq duit untuk menjadi kaya segera. Lupa kepada amanah dan harapan rakyat agar berjuang untuk rakyat Malaysia. Mereka sanggup persetankan amanah dan tanggung jawab yang diberi semata mata harta dunia. Tambahan pula mereka juga sedar ini lah peluang terakhir mereka unyuk menjadi jutawan segera kerana mereka tahu mereka tidak akan dipilih semula untuk pilihanraya yang akan datang......Akhir kalam kami sebagai rakyat yang memilih hampa sebagai wakil kami dan kamu mekompat dan tidak memikul amanah yang diberi maka kami tidak akan halalkan duit yang kamu dapat di DUNIA dan AKHIRAT.....Amiin....


SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT


Jin Brabus

No comments:

Post a Comment